Saturday, December 28, 2013

Persediaan Guru di hujung tahun.

Macam biasalah, hujung tahun adalah waktu yang singkat buat semua guru yang menyediakan persediaan mengajar untuk tahun hadapan. Di sini Mak Uda bagi link buat semua rakan guru yang ingin mencari Rancangan Tahunan Pelajaran pelbagai subjek. Sekadar berkongsi pengalaman dan idea. Terima kasih yang banyak berkorban untuk sesama rakan guru.

http://sktitingan.com/v1/interaktif/download/

http://sktamansenangan.edu.my/?page_id=14

Bagi yang mengajar KSSR Tahun 1 hingga Tahun 4 boleh 'share' dan 'download' di sini pula...

http://www.kssronline.com/p/lesson-plan.html


Friday, December 20, 2013

Sakit Urat Saraf

Salam petang Jumaat, 20 Disember 2013.

Sehingga ke tarikh ini, Mokde telah hampir sihat setelah menghidap sakit urat saraf kaki sebermula dari 04 November yang lalu. Siapa yang pernah kena hanya mereka yang tahu azab dan sakitnya... Allah Maha Mengetahui atas segala yang diberi dan diuji ke atas hamza-hambaNya.

Mokde pun tak menjangka akan terkena penyakit sebegini. Cerita bermula apabila Mokde nak melangkah ke sekolah pada hari Isnin, sememangnya rutin pagi Isnin akan ada perhimpunan mingguan. Mokde lebih suka menaiki motosikal ke sekolah mengenangkan hanya sepelaung sahajalah rumah ke sekolah. Turun motosikal boleh lagi, tetapi sudah rasa berdenyut dan terasa sakit apabila kaki ditegakkan. Selepas perhimpunan, dapat pula kelas ganti untuk Prasekolah, semakin terasa sakitnya sehingga menjadi bongkok. Mokde tahan lagi. Air mata semakin meleleh apabila hendak panjat tangga sekolah. Wah, ini sudah lain macam. Telefon anak bujang sulung Mokde yang cuti minta hantarkan segala ubat yang ada di dalam peti sejuk, nak suruh pilih tak tahu pula nanti.

Seorang anak murid diminta tunggu di pagar sekolah. Sakit sudah terasa. Mesej Pak Uda bagitahu kaki terasa sakit sangat, dan minta dia ambil di sekolah. Mokde kuatkan semangat pergi ke pejabat sekolah. Air mata semakin laju sebab sakit semakin terasa dari dalam urat saraf punggung, hanya Allah yang tahu. Guru Besar dan semua yang dalam pejabat hairan lihat keadaan Mokde. Guru Besar beri kebenaran balik.

Perkara pertama Pak Uda bila datang tengok isteri dia dah macam 'nenek kebayan'. Dia pun tak percaya. Mokde dipimpin masuk ke kereta, memang sakit sangat tak dapat digambarkan. Mokde dibawa ke klinik swasta tetapi klinik pula tutup tengah hari. Aduhai, orang klinik...tak mengapalah, sabar itu lebih baik. Pak Uda bawa Mokde jumpa Kak Atam Mokde yang pandai menjahit dan mengurut. Rupa-rupanya sakit ni tak boleh urut, semakin tak dapat jalan. Melalak lah Mokde ni sepanjang malam. Pak Uda semakin risau lihat isteri yang sihat, tiba-tiba sahajalah jadi sakit, memang pelik. Anak-anak pun cemas dan kasihan melihat emaknya.

Hari kedua, punggung menjadi bengkak sebab di urut, Pak Uda bawa ke klinik semalam. Doktor tanya, "Kenapa lebam punggung ni? Macam kena dera je..." Kami berdua tersengih je. Beritahu doktor itu kesan daripada diurut. Mokde diberi dua suntikan, tahan sakit dan susut bengkak. Hihi...kesian. Tetapi terima kasih kepada pakcik dan makcik yang beri kebenaran masuk ke bilik doktor sebab beri 'nenek kebayan' masuk cepat.

Bila balik, masih berkeadaan begitu sahaja. Tiada perubahan. Hendak ke dapur menyediakan makanan memang amat menyeksakan. Pak Uda marah sebab Mokde ni degil, nak juga buat kerja rumah walaupun sakit. Bukan apa, kasihan melihat anak-anak kecil buat segalanya untuk kita. mujur Along Amir dah besar, boleh tekankan Mokde cuti. Hari ke empat sakit lagi, tunggu Pak Uda balik dari sekolah, tak sabar minta hantar ke Hospital Alor Gajah. Dalam pada menunggu, dapat pula panggilan dari sekolah minta Mokde ke Jabatan Pendidikan Melaka(JPM), ambil surat lantikan GPK Kokurikulum. Ya Allah, kau beri aku ujian, kau beri aku RezekiMu. Terima kasih, Alhamdulillah. Sebelum ke hospital, Mokde pergi ke JPM dulu ambil surat lantikan. Selesai Pak Uda ambilkan surat, terus ke hospital. Sampai je nampak Wad Kecemasan, riangnya hati. Terasa lega dan selamat rasanya. Orang takut nak duduk hospital, Mokde suka pulak. Kena tiga kali suntikan tahan sakit. Doktor beri cuti sehari tetapi Mokde minta dua hari. Jalan pun tak boleh doktor oiii...balik, masih sakit lagi. Ubat yang ada pun hampir habis, Mokde banyak guna Flanil (krim panas) dan tuam guna 'heatpack' Amway. Bolehlah tahan sakit tu tapi kaki masih susah diluruskan.


                      ......sambungan.....

Thursday, December 5, 2013

Lamanya menyepi...

Salam... Lama sungguh Mak Uda menyepi tidak meng'update' blog. Bukan hilang ke mana-mana, masih wujud di bumi Allah ini, cuma penyakit M yang menebal...hihi. 



Memang wujud rasa rindu untuk menulis, tapi tangan ni yang banyak sangat liatnya. Kemudahan dah banyak pun malas lagi kan, memang tak bersyukur. Insyaa Allah, lepas ni nak rajin-rajin semula menulis cerita yang terkumpul. Sepatutnya dah habis belajar, anak dah besar makin rajin, rupanya rasa nak berehat lebih banyak. Bahan memang ada, idea melambak2...tunggu ye 'come back' dari Mak Uda. 

Sunday, June 9, 2013

Berkonvokesyen akhirnya...

Alhamdulillah...Perkataan pertama selesai akhir kertas peperiksaan Mak Uda sudah pastinya. Tiba masanya Mak Uda akan berkonvokesyen esok, Isnin... 10 Jun 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra atau lebih sinonim dengan PWTC esok.




      Orang pertama Mak Uda ucapkan terima kasih sudah tentulah Pak Uda, suami tersayang. Pak Udalah yang bagi semangat dan galakkan walaupun melihat dari jauh Mak Uda buat kerja kursus, masa periksa dan lebih-lebih lagi masa pergi kelas dan beri kepercayaan kepada "Adik". Terpaksa jaga anak. Terima kasih, abang!

Luv U, Abang.

     Kepada anak-anak...Muhammad Amir Hazwan, Muhammad Ammar Hariz dan Muhammad Amrin Haziq, belajar lebih rajin dan berjaya daripada emak ni.

Masa kecil...

Sibuk belajar dah besar-besar semua...tambah lagi satu pulak.
 

Omak Mertua...Salmah Kassim.

     Seterusnya kepada "Omak Mertua" Mak Uda, masa mula-mula belajar 14 minggu memang emaklah dengan Pak Uda yang uruskan anak-anak. Dah besar diorang dan dah faham emaknya pergi mana. Esok Mak Uda mesti bawa diorang tengok apa yang Mak Uda dapat semasa meninggalkan mereka.

      Kepada sahabat baik dan lebih rapat sekarang... Kak Rahayu Ismail, walaupun dulu kita tidak mengenali, tetapi sebermulanya di USM tetapi kena "reject", kita mula lebih rapat dan berkongsi belajar. Suka duka semasa mendaftar dan belajar di OUM sehinggalah kita bergraduasi tidak mungkin dapat dilupakan. Memoir itu kekal dalam ingatan. Cuma kita tidak dapat bergraduasi bersama esok, terima kasih kak atas segala-galanya yang kita kongsi walaupun idea.
Rahayu Ismail


     Kepada semua yang mengenali Mak Uda, terima kasih atas jasa dan ingatan kalian. Terharu rasanya. Kepada adik-beradik, saudara-mara dan rakan sekolah serta rakan sekelas Mak Uda...tak terucap dengan kata-kata. Love U, all.

Friday, June 7, 2013

Microsoft Surface


Niat di hati nak beli handphone baru, tapi apakan daya lain pula yang dicapai...haha...
Mak Uda dah tercapai pulak benda bawah ni...

Netbook lama dah bagi pada sepupu Pak Uda, jadinya Mak Uda dah setahun tak ada netbook atau laptop sendiri. Pilih punya pilih, telah jatuh hati dengan ini. Bukan apa memilih, diorang yang jual computer tak nak bagi Microsoft Office untuk memudahkan Mokde buat kerja.

Sekarang lebih mudah nak buat kerja. Terima kasih Pak Uda yang bagi peluang Mak Uda memilih yang terbaik.

Wednesday, June 5, 2013

Lubok China Masa Kini...

Setelah habis PRU 13 yang lalu, Lubok China sudah bertukar wajah. Lihatlah rupa Lubok China sekarang.

 Gambar dah ambil lama, tapi baru nak 'upload'...sibuk mengalahkan
YB...




 Majlis Pecah Tanah yang dilalukan oleh Mantan Ketua Menteri, Datuk Wira Ali Rustam sebelum PRU13 yang lalu.






Lubok China bakal berubah, nantikan entry yang seterusnya....

Monday, June 3, 2013

Sibuk dan menyibuk...

Salam...sekian lama menyepi Mak Uda. Ke mana Mak Uda dgn Pak Uda pergi? Haha...tak ke mana-mana pun, sekadar duduk di rumah. Sibuk dengan persiapan perkahwinan anak saudara Pak Uda. Maka selesailah sudah pada 25 Mei 2013 yang lalu.


Sepatutnya kenduri akan dilangsungkan bulan Ogos, oleh sebab anak saudara tu tak dapat cuti bulan Ogos, maka perlulah dipercepatkan. Mana nak siapkan bunga telur, hantaran lagi. Mak Uda ada tempoh sebulan je nak menyiapkan semuanya.
Bunga telur di atas pelamin hasil "keras tangan Mak Uda"...haha...

Mak-mak yang gojes setelah kepenatan. 

Ini pun hasil tangan Mak Uda, yang simple je.

Terkawal.

Habis sudah...


Mana Pak Uda? Kesian Pak Uda...tak boleh nak hensem2 sebab kena jaga lauk cukup ke tidak. Duduk belakang je lah dia.

Baju pun biasa-biasa je...


Sesi lepas geram.



Thursday, March 14, 2013

Memang rindu...

Tiba-tiba Rindu, Datuk Sharifah Aini

Rindu ku sungguh rindu
Lama tak jumpa bertambah sayang
Jauh semakin jauh
Hati ku rindu bertambah bimbang

Sayang sungguh ku sayang
Padamu kasih terbayang-bayang
Lama begini lama
Hati ku rindu tiada ubatnya

Dulu kita pernah bertemu
Tapi hanyalah sekejap waktu
Agar menjadi hai pengubat rindu
Hilang lah segala resah di kalbu
Sayang di sayang bagaikan bermimpi
Hai datang lah engkau padaku lagi

Tiba-tiba lah rindu
Menangis sayu teringatkan mu
Pulang-pulanglah sayang
Hati ku bimbang bukan kepalang 

            Boleh pulak lagu ni berkumandang di SinarFM masa nak makan malam ni, terus Pak Uda suruh cari kat Youtube...Tapi berbeza dengan yang berkumandang tadi...Dah dapat download lagu ni...memang best...

            Memang kebetulan rakan-rakan lama di Facebook hari ni membuka kenangan semasa bersekolah di SMK Undang Rembau. Mak Uda bersekolah di situ dari tahun 1987-1991, belajar di kelas Khas (Perdagangan)...kononnya kelas paling pandailah tu dan sememangnya kami terpilih dan mendapat biasiswa dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 dan kalau keputusan berterusan baik dapatlah disambung ke Tingkatan 4 dan 5. Syukur, Alhamdulillah...Mak Uda bersekolah sememangnya menggunakan duit ini.

          Bila teringatkan zaman itu, maka teringat apa yang kita buat zaman sekolah dulu kan? Aktifnya Mak Uda masa dulu. Macam-macam aktiviti yang dibuat, tapi anak-anak Mak Uda pula agak pemalu...mungkin belum lagi. Mak Uda pernah menyertai aktiviti bernasyid sejak dari Tahun 3 seterusnya hinggalah ke sekolah menengah dan dijemput melatih adik-adik dari sekolah lain dan bernasyid untuk kumpulan belia kawasan tempat tinggal Mak Uda. 

         Selain itu, Mak Uda mewakili masuk pertandingan berzanji, dari tingkatan 1 sehinggalah ke Tingkatan 6, peghh...lama tu. Semasa Tingkatan 6 Mak Uda bersekolah di SMK Chembong. Dapatlah merasa menjadi Johan.

        Selain itu, Mak Uda juga pernah menari tarian 'Endang' dan sehingga sekarang kalau nak buat persembahan di sekolah masih boleh lagi mengajar anak-anak murid tarian ini. Pernah juga Mak Uda memimpin kumpulan drama untuk persembahan kelas Mak Uda untuk majlis apa tak ingatlah pulak.

         Kenangan sememangnya adalah pengalaman yang tidak boleh dilupakan dan sangat berharga.  Sehingga menjadi seorang guru ini pun, Mak Uda menggunakan kemahiran yang ada. Rindu semua rakan-rakan dahulu. Dengan 'Facebook'lah kami masih berhubung. Kalau boleh diundurkan masa memang nak buat lagi dan rindu dengan semua guru yang masih ada dan yang telah 'pergi' selama-lamanya. Terima kasih, Cikgu!!!

Monday, March 4, 2013

Darah Satria



Meremang bulu roma bila mendengar lagu ni, terasa bersemangat di hati dan sentiasa mendoakan yang terbaik kepada semua anggota PDRM dan ATM di Lahad Datu sekarang ni. Semoga mereka yang sedang bersiap sedia di sana sentiasa berhati-hati dan menjaga diri. Mak Uda dan Pak Uda serta ahli keluarga serta sahabat handai  di sini hanya dapat mendoakan sahaja. 

Betapa bangganya mempunyai perwira-perwira hebat. Kepada yang telah gugur, Mak Uda ucapkan  takziah kepada semua ahli keluarga.Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. terima kasih kepada perajurit negara.


JASA DAN PENGORBANANMU DIKENANG:

Barisan perwira yang gugur dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara.

Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.

Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.

Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.





Sebelum ini dua orang lagi yang telah gugur.
 


Senarai pegawai dan anggota PDRM yang terkorban dan cedera:

Terkorban:
1.INSP G/17992 ZULKIFLI B. MAMAT
2.KPL 113088 SABARUDDIN B. DAUD

Cedera:
1. KPL 135383 AZMAN B. AMPONG
2.KPL 152133 MOHD TARMIZI B. HASHIM
3. KON 175533 MOHAMED QAIYUM’AIQAL B. ZOLKIFLI
 


Pemergian perwira-perwira negara ini akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Jasamu, baktimu, pengorbananmu akan teguh di sanubari rakan seperjuangan dan menjadi azimat untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Al-Fatihah...



Monday, February 25, 2013

Apa nak tulis bila tiada idea?

Bila tiada idea maka kita hendaklah menulis dengan perkara yang mengarut dan tiada pengkhususan dan bolehlah dengan suka hatinya kita menaip blog ini...Yeeeha...!!!

           Mak Uda masukkan kenangan semasa berada di Pulau Kapas, Terengganu.  Bila dikenangkan kembali, macam tak nak pergi lagi, tapi bila kenangkan dapat sotong besar-besar saiznya, macam nak pergi sepuluh kali. 

           Memang mengerikan pengalaman yang dilalui, dengan keadaan malam yang gelap, berangin kami bertolak. Apabila sampai tempat yang dituju tiada seekor sotong yang kami dapat. Pakcik yang bawa bot ajak kami ke tempat lain. Hati mula tak sedap tapi ikutkan saja orang yang pakar. Bergerak sahaja bot yang berbuai-buai, 2-3 orang dah mula muntah mabuk laut. Ingatkan Mak Uda yang mabuk, Alhamdulillah...tidaklah fobia dengan laut yang luas rupanya. 

          Sampai ke tengah laut belum sampai tempat yang dituju, pakcik yang bawa bot memaklumkan...RIBUT!!! Allahu Akbar...mengucap dan azan di dalam hati. Pak Uda yang nampak 'cool' rupanya 'RIBUT" di dalam hati. Risau dengan anak-anak yang dalam bot, dan hanya dia dan dua lagi dalam bot yang lelaki dewasa, yang lainnya perempuan dan kanak-kanak. Dengan ribut, hujan dan bot yang terumbang-ambing...Allah sahaja yang tahu gelora di dalam hati.




Sotong yang besar dan bakal masuk ke dalam perutku...Ya Allah, terima kasih atas rezeki dan limpah kurniaMu..

 Kaki siapa tak ingat dah...ni sesi 'test' kamera sebelum pergi.

Dalam pada ribut yang masih tak berhenti, anak bujang Mak Uda yang sulung terkena mata candat sotong...Ya Allah, meremang bulu roma bila teringat semula...kalau yang pernah mencandat pasti tahu bagaimana rupa mata pancing yang bercangkuk tu. Pakcik bot kata kena bawa hospital...tapi bayangkan dengan keadaan ribut yang tak berhenti bila lah kami boleh balik ke darat. Pak Uda memang hebat dan 'cool'...menarik mata pancing secara perlahan-lahan dan berselawat, kemudian ibu jari diletakkan ke lelangit dan dituam ke tempat yang kena, Allah Maha Mengetahui...tiada setitis darah yang keluar...Hebat My Darling...petua tu...



Penumpang 'tongkang' yang bawa minah-minah ni...dalam hati rasa cuak je...

               Sebaik ribut berhenti di tengah-tengah laut, pakcik bot mula memancing. Hati ni nak ajak balik je, nasib baik kunci bot kat dia, kalau kat Mak Uda dah selamatlah sampai... sampai mana tak tau la...Haha...Dia kata kita jangan balik, nanti orang tanya mana sotongnya... hati berbolak-balik...ambil jelah mata pancing, mulalah mencandat. Perghh...orang pertama selepas pakcik dapat sotong...hilang takut dengan ribut dan luka anak tadi. Masing-masing mula mencandat, tengok air laut yang hitam, memang seram, tak usahlah cerita... mengenangkan sotong ku redah jua...Hihi...Pakcik bot ajak mencandat sotong hingga lewat pagi, namun mengenangkan mengantuk dah mata, kami baliklah juga. Bersyukur dengan nyawa yang masih Allah pinjamkan.

 Akhirnya, selepas ribut reda...9 ekor sotong yang besar-besar dalam genggaman kami...

 
 Adik-adik yang cool tapi selepas ni semuanya...uweksss...haha...semua ni kalau boleh nak ajak balik tapi tak berani.




                 Hasil keseluruhan...Alhamdulillah, hasilnya di beri sama rata walaupun kami yang dapat candat banyak...tak apa, pengalaman tu yang paling mahal...Kalau ajak lagi? Ya, Mak Uda akan pergi...terasa bangga sebab kumpulan wartawan sebelum itu  sebanyak 9 bot hanya dapat seekor, kami? Pegghhh...sebuah bot...dan keadaan yang tidak disangka mendapat 9 ekor sotong yang besar-besar...Terima kasih Pakcik bot, rasa nak pergi cari pakcik tu kalau ke Marang lagi.

              Macam tipu je kata tak ada idea...Haha...sebenarnya banyak yang hendak dikongsi. 

Tuesday, February 19, 2013

Alahai...Kesiannya Mak...

Dugaan Allah sememangnya tidak kita duga...Mak Uda dan Pak Uda sudah seminggu menguruskan mak masuk hospital, kami berulang-alik setiap hari dari hari Selasa sehingga Jumaat lepas ke Hospital Melaka menghantar dan melawat mak di hospital yang patah pergelangan tangannya. 

Kronologi cerita...haha...Macam tulis cerita dalam filem pulak...

Selasa, 12 Februari 2013
Kami ke Kampung Johan Setia, Klang melawat Along Mak Uda yang akan membuat Umrah dan akan bertolak pada hari esok...Selama 4 hari asyik tertunda je nak pergi. Mungkin Allah tak izin kami pergi awal. Rajin pulak tu kami dari hari Sabtu, dah pergi Port Dickson. Hari Ahad, tolong jiran 'rewang', nak kawin anaknya. Isnin, kami pergi mandi sungai...macam orang tak ingat mandi manda...jadinya, kami pergi juga hari Selasa. Walaupun pagi tu Mak Uda cakap kat Pak Uda tak payah pegi, hati macam tak sedap...tapi ambil keputusan pegi sekejap...tak sedap hati pula kalau tak melawat adik-beradik sendiri. Sebenarnya, Mak Uda risau kalau 'jammed'...tapi, Alhamdulillah, lapang masa pergi dan balik cuma banyak kereta yang tersemput-semput di jalan. Sampai di rumah jam 1.50 petang...memang rempit kami, hati dah tak sedap sebenarnya.

Gambar sehari sebelum kejadian...mandi sungai di Lubok Talan, Kampung Batu, Rembau...
 
 Bang Dak yang rajin nak membakar, so...kitorang mencekik je lah...yang lain kami dah siapkan.


 Budak-budak ni suka sangat berendam, padahal air sungai tu punyalah sejuk...grrrrr...Si kenit tu pun sama, maaflah dia tak berbaju...haha...

 Mak sehari sebelum jatuh, walaupun sebelum tu tak nak ikut, oleh kerana besan pergi...dia pergilah juga...


Balik je terus tidur, sampai pukul 5, tidur macam tak 'hingat'...bangun je Pak Uda kata mak jatuh, Induk mesej...oh! Terperanjat dan terus ambil tudung...(tak mandi tu bangun tidur, sebab cemas)...hari tu dah jatuh sekali, dan sangat bahaya kalau jatuh kali kedua.

Sampai rumah mak, tengok tangan mak dah berbalut dan beranduh. Mak kata tak ada apa...Mak jatuh kat parit kecil sebab masa melangkah mak tak perasan kaki tak pijak titi kayu...apa lagi, tersembam dan pergelangan tangan menahan berat badan...

Pak Uda suruh genggam tangan, mak tak boleh buat...Ini 'musti' kena pergi hospital. Mak tak nak, tapi bila dipujuk mak kata "ok, karang aku tak poei kau kato aku melawan"...hahaha...sempat buat lawak tu.

Kami bawa mak pergi Hospital Alor Gajah. Bila dicek tekanan darah mak, aduhai...tingginya...216/77...mak kena tunggu sekejap di ruang menunggu. setelah setengah jam, mak pun kena panggil. Ramai pulak yang sakit cuti-cuti ni. Doktor minta mak genggam tangannya, mak tak boleh genggam...sah-sah tangan mak patah kata doktor...lagilah mak cemas. Mak kena X-ray, dan terdapat 4 tulang yang patah pada pergelangan tangan tu. 
Kesian mak, doktor kata kena bawa ke Hospital Melaka untuk disimen kerana orang yang buat simen sedang bercuti. 

Kami bawa mak terus ke bahagian kecemasan di Hospital Melaka, pun ramai orang yang sakit...namun, Alhamdulillah...mak cepat dipanggil ke dalam sebab dah ada siap laporan dan X-ray doktor dari Hospital Alor Gajah...kalau tak lambat jugak. Akhirnya, mak terpaksa masuk wad sebab keadaan darah tinggi yang sangat tinggi dan bahaya...Mak tak nak lagi, tetapi akhirnya terpujuk dengan pujukan Along Pak Uda...tinggallah mak di wad malam itu, dan kami pulang jam 1.30 pagi, sudah pastinya esok pagi-pagi kami akan ke Hospital Melaka lagi. 

Sebenarnya, yang paling Mak Uda suka di wad kecemasan adalah menjadi 'wartawan percuma'...Mak Uda lihat macam-macam situasi yang berlaku...ada yang cedera parah, cedera ringan, meninggal dan sebagainya...Boleh pulak buat kerja tu ye...kaki penyibuk!!!

Rabu, 13 Februari 2013.



Kami sampai pagi tu, mak tak ada dalam wad, mak pergi X-ray lagi. Muka orang menunggu...mata pun bengkak, kurang tidur.


Petang tu tangan mak dah disimen, kesian mak. Mengantuk kena ubat tahan sakit. Selalunya Mak ni yang jaga ayah, nenek dan Alif sakit dulu. Sekarang bila diri sendiri yang kena, sangat kasihan melihatnya...sabar ye mak.

Akhirnya, tengah hari Jumaat, 15 Februari...mak dah boleh balik...nanti sambung lagi ye...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails