Tuesday, January 29, 2013

Hantaran dan Mas Kahwin...

Sempena cuti sekolah ada lagi dan masih lagi ada kenduri kahwin, Mak Uda nak berkongsi pagi-pagi ni tentang entry Mak Uda ni. Lagi pun harga barang dah naik, sudah tentu harga hantaran dah tentu juga naik. Agak-agaknya berapa hantaran kahwin yang terkini bagi 'rate' anak dara kampung dengan bandar? Wah, dah macam jual anak je bunyinya ye...
http://farm5.staticflickr.com/4102/4848917208_2deffc3ef0_z.jpg

Bagi yang nak tahu apa maksud mas kahwin atau mahar, boleh klik kat sini. Mas Kahwin masa Mak Uda dulu tak lah mahal, setakat RM22.50, murah je yek? Hantaran? Hantarannya? Biasa..biasa je, tak lah sampai RM10,000. Masa tu masih dalam RM4,000 hingga RM5,000. Botak juga kepala Pak Uda kalau nak kumpul tu, yelah bertunang pun tak lama. Kalau 10 tahun akan datang ni berapa Mak Uda nak siapkan untuk anak-anak bujang Mak Uda nanti...( Mak Uda kumpulkan aje, pandai-pandailah diorang nak cari). 

Bagi pendapat Mak Uda, tak usahlah kita menyusahkan bakal pengantin, lagipun dia bakal menjadi anak menantu kita juga dan juga suami kepada anak-anak kita. Biarlah maharnya lebih murah dan wang hantaran tidak perlu terlalu tinggi. Jangan biarkan diri kita dijaja seperti hendak menjual anak sendiri. Tidak perlu ada tawar-menawar semasa menetapkan wang hantaran ini, biarlah seeloknya mereka siap berbincang di balik tabir sahaja, supaya tidak juga kelihatan seperti hendak menjual anak tadi. Perasaan saling hormat-menghormati hendaklah wujud di natara bakal besan dan tidak mahu bermasam muka dan masih menyebut-nyebut perihal hantaran waima sehingga cucu lahir yang ke-5.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjIdBjx5BNA7briEVTToc_DbVb0fhLci1V-a4iAiVmeHAQu45eWntShm6qETUx8pMcRaY2PPBa5W65pcpPdXFJVyaDr1xs_gj4hUhHnXMVdhbDavKioCcoGvwwJR4BHXYwIb-C1-ELDH6w/s1600/maskahwin.jpg

Itu belum dicampur lagi dengan membeli barang-barang hantaran, belanja kenduri, 'goodie bag'...aduh, boleh pengsan nak mencari duit untuk kenduri ni nanti. Berpada-padalah dalam menetapkan wang hantaran untuk anak-anak semoga mahligai perkahwinan mereka bahagia hingga ke akhir hayat.






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails