Thursday, January 10, 2013

Salam Kembali dari Mak Uda dan Pak Uda.

Salam sayang dari kami. 'Entry' pertama sejak sekian lama mendiamkan diri, bukan berkhalwat di mana-mana, sekadar duduk di rumah, ke sekolah dan sibuk dengan urusan harian sahaja. Mungkin setahun yang lalu sibuk dengan 'assignment' dan peperiksaan, namun syukur, Alhamdulillah...Mak Uda dah selesaikan pembelajaran Mak Uda...sedang tunggu keputusanlah ni...kalau lulus, In Shaa Allah...berkonvo, sekiranya gagal...alamak, takutnya nak 'repeat' kertas Bahasa Inggeris. Kertas lain, In Shaa Allah...bersyukur dengan keputusannya.

Sebenarnya, Mak Uda tak berhajat nak menulis blog malam ni, tapi rasa terpanggil bila ada komen dari blog 'Love Hijau' bagi komen...bersemangat semula rasanya, kiranya...Mak Uda membuat 'come back' berblog semula.

"Salam, Mak Uda, terima kasih kerana masih sudi ke blog kecil saya, dan selamat kembali menulis, dah lama tak dengar cerita, saya letakkan link Mak Uda dekat blog saya semula,sebagai kawan lama yang berlink dengan blog saya, saya ucapkan selamat kembali menulis dan keep blogging"

Terima kasih 'Love Hijau' yang beri semangat...

Selamat Datang ke Blog Mak Uda_Pak Uda...


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails