Hari ni Mak uda nak link kan satu website yang pasti best.. Deco bersama Eric..
Mak Uda tahu, Nurul Hayati kawan Mak Uda tu mesti teruja punya.. Dia suka English style..Kalau ada duit suruhlah Eric make over rumah korang untuk raya ni..berapa nak bayor? Tanya lah sendiri dengan Eric ye.. Mak Uda punya rumah dapat cat untuk feature wall warna merah pun dah seronok sangat, bila Pak Uda tambah pulak lampu yang ada stand tu lagilah anak-anak Mak Uda syok.. Nantilah...
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara kita tidak lama lagi, Mak Uda dengan Pak Uda nak uploadkan lagu-lagu tema yang lepas-lepas, semoga semuanya mendapat manfaat bersama.
Malaysiaku gemilang
Marilah kita semua Atas nama negara bangsa Dengan Tekad mulia Maju berwawasan Mencipta keagungan
Berpadulah kita semua Di dalam satu suara Dengan degupan Merdeka Menjulang budaya bangsa Untuk Malaysia tercinta
Malaysiaku gemilang Merdekanya terbilang Berdaulat dan makmur Berjaya kami syukur
Malaysia, kebebasan kedamaian Malaysia, kebahagiaan kebanggaan Malaysia, cemerlang terbilang Malaysiaku gagah gemilang
Perpaduan Teras Kejayaan
Kini Semangat Jalan Seiring Satu Amanah Kerjasama Jadi Teras Bangsa Mulia Sehati Sejiwa
Bangun Membantu Agar Sepakat Moga Terserlah Perpaduan Agar Teguh Dipersada Dalam Hidup Harmoni
Sirami Rasa Kasih Sayang Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni Nurani Ikhlas Dihati Murni Menjadi Kekuatan Kita
Sempena nak menyambut hari kemerdekaan yang ke-52, Mak uda nak bagi lirik lagu 1 Malaysia. Mak Uda ni memang suka kalau ada lagu-lagu patriotik baru,lagi-lagi kalau Roy yang nyanyi..naik semangat... promosilah pada anak-anak murid.
Liriklagu 1 Malaysia.
Berdiri teguh di bumi, Nyata pupuk semangat satu Malaysia, Sepakat rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan.
Perpaduan mendapat rahmat, Toleransi kaum amalan bersama, Kejayaan kita bangunkan, Satu Malaysia.
Dalam capai satu tujuan, Tanggungjawab kita semua, Jadi teras bangsa mulia, Kita bina..Satu Malaysia..
Satu Malaysia jadi pegangan, Rukun Negara teras panduan, Satu Malaysia benteng negara, Rakyat Malaysia taat setia... (ulang 4 kali )
Satu Malaysia..untuk semua.
Pencipta Lagu : Nik Nizam & Errie Naham Lirik : Lokman Ghani Penyanyi : Roy.
Semoga Allah melindungi negara kita ni dari sebarang kekacauan dan malapetaka. Mak Uda & Pak Uda sayangkan Malaysia ni...