Thursday, July 29, 2010

Kenapa manusia sering tak puas hati?

Renungan sejenak....
Di mana letakkan perasaan? Kalau kita kata letaknya di hati, kenapa kita tak ber'hati perut' pulak ? Macamana nak menjaga perasaan seseorang? Selalu kita kata muhasabah diri dan berpesan-pesan kepada diri kita dan orang lain, tapi kita buat tak? Jangan cakap saja mudah, tapi tak ada hasilnya...

Kenapa Mak Uda cakap macam ni pagi-pagi? Banyak persoalan yang timbul bila di depan kita konon nak tunjukkan contoh tapi sebenarnya dalam pada tu kita mengenakan dan menindas orang lain, tak ada perasaan betul..


Mari kita cuba baca ayat Thoha surah 1 hingga 5:


            Tho.. Ha. Kami (Allah) tidak menurunkan al-Qur’an ini kepada engkau supaya engkau  menjadi  susah. Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut. Diturunkan daripada yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.  (Iaitu) al-Rahman (Yang Maha Pemurah), yang bersemayam (menetapkan pentadbiran-Nya) di atas 'Arash.
 
Amalkan hari-hari, biar lembut hati kita, banyakkan sabar di hati kita, sebab itulah moto blog Mak Uda ni..Biar kita hidup susah kerana orang lain, jangan kita hidup menyusahkan orang lain.. Hari ini kita menyusahkan hidup seseorang, suatu hari nanti orang lain pulak akan menyusahkan hidup kita, harap-harapnya tidaklah..jadilah contoh yang baik dan seikhlas-ikhlasnya. Kadang-kadang sayu hati Mak Uda ni kenapalah kita ni sukar nak jujur dan menunjukkan sesuatu kerja kita ni dengan tanpa seuatu niat yang baik.


Sesiapa baca ni dan tak ada kena mengena jangan terasa pulak, bukan Mak Uda nak menyindir, tapi inilah hakikat, kalau yang biasa buat dan sedarlah di mana kita sekarang..Hidup kita bukannya lama, entah kan hari ni dapat tulis kat blog, esok dah tak ada, tak sempat nak mintak maaf..



Cuba kita balik semula kepada kedudukan kita masa dulu-dulu, adakah kita buat semua macam yang kita hendak sekarang? Belum tahu lagikan, sekurang-kurangnya kita ber'perasaan' kasih' dan 'kasihan'... Mak Uda harap Mak Uda dan Pak Uda tetap macam ini, dulu, kini dan selamanya...Mak Uda rasa Mak Uda dah banyak sabar dan lembut hati sejak baca ayat tu, ke Pak Uda yang bacakan untuk Mak Uda? Ha..ha...
Sendiri  
Sendiri
Manempuh hidup
Tiada berayah tiada beribu
Sendiri aku berjalan
Tiada harta menjadi bekalan

( korus )
Belum pernahku kesali hidupku
Lahir kedunia pun begitu
Suka dukaku tanggung sendiri
Dengan ketabahan hati
Mana saudara manakah teman teman
Disaatku memerlukan
Kepalsuanmu makin menjadi nyata
Kemesraan sementara

Sendiri
Kadang menyiksakan
Kerna tiada teman bicara

Monday, July 26, 2010

Bakal di pawagam 2012...

Tak sabar nak tengok kalau panjang umur Mak Uda. Mak Uda dengan Pak Uda memang suka cerita-cerita animasi ni, lagi-lagi semua 'superhero' bakal dikumpulkan.. Walaupun lambat lagi , Mak Uda nak war-warkan kepada semua, 'The Avengers' yang mengumpulkan 'superhero' dari komik keluaran Marvel. Entah macamanalah agaknya diorg bergasak nak menyelamatkan dunialah tu, tapi kat Amerika je ada superhero yang hebat-hebat, kat Malaysia cuma ada 'Cicakman' (Apek) ada tak ada cerita Papaya (Zul Yahaya) dengan Atoi The Ajaib Boy lakonan Zizan.

Kita tengok promo yang diadakan semalam..



Wah, teruja betul nak tengok nanti ni..
Senarai pelakon yang Mak Uda dapat  adalah seperti berikut, (macam wartawan gosip pulak):
                                                       Chris Hemworth    (Thor)                                                           


                                                                    Chris Evans     (Captain America)      

                                                        Don Cheadle    (War Machine)


                                                        Clark Gregg  (Agent Phil Culson)

                                                           Jeremy Renner(Hawkeye)


                                                         Mark Ruffalo (The Incredible Hulk)


                                                   Neal McDonough(Dum Dum Dugan)  


                                                      Robert Downet Jr. (Iron Man)

                                                          Samuel Jackson  (Nick Fury)


                                                             Tom Hiddleston  (Loki)      

                                                        Scarlett Johansson (Black Widow)
                                      ( satu-satunya gambar dia  yang macam perempuan melayu terakhir )

Ada satu lagi trailer filem yang menarik..Green Lantern, pun cerita animasi..macam best jugak..







Thursday, July 22, 2010

Tilawah Al-Quran Ke-52 Peringkat Antarabangsa

Alhamdulillah, maka hampir sampai ke bulan Ramadhan kita bila dah keluar promo Tilawah Al-Quran ni..Semakin terasa-rasa bulan mulia ni hampir tiba..Mulalah rasa sayu hati ni. Rindu dengan semua yang pernah berlaku dan berlalu dulu-dulu..

Kalau tak dapat pergi, mari kita tengok di TV1, RTM jelah ye, macam kita tengok World Cup hari tu...Masa arwah abah ada dulu, mesti Mak Uda kena duduk depan TV, abah suruh rakam nasyid-nasyid yang ada, seronok rasanya..Mak Uda dulu ada kumpulan nasyid ala kampung je, tapi sekarang dah tak ada.

Klasik nasional... Kalau tak dah jadi artis nasyid Mak Uda sekarang ni..

Wednesday, July 21, 2010

HAQ The Movie..



Rasa macam best cerita akan datang ni..Pernah tengok trailer di MHI..tengok2lah video klip bawah ni..

Rahsia Angka 13

Meminjam sesuatu yang menarik dari Facebook seorang rakan, semoga dapat dipanjangkan dan dimanfaatkan  bersama.


1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-
kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :


"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat.
Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th "..dan kalau tak ada nombor 13, macamana nak ada nombor 14 kan?

Friday, July 16, 2010

Macam-macam yang dibuat...

Mak Uda dah lama tak meng'update' blog sebab macam-macam yang nak dibuat..yang utama Mak Uda sedang buat renovation rumah, bukan rumah kami aje, tapi termasuk rumah mak ni..buat 'make over' mana yang dah lama dibuang, 'touch up' sikit-sikit bagi lawa.

Buat sebelum puasa, masa bulan puasa nanti tak banyak sangat kerja nak mengemas. Tahu apa anai-anai? Benda nilah yang telah menyerang rumah mak..

  1. Anai-anai suka kelembapan tinggi dan makanan utama ialah serat kayu hidup dan mati
  2. Anai-anai ada berpuluh species. Yang putih, yang kuning, yang perang …. Queen anai-anai ada banyak dalam satu koloni. Askar anai-anai menjaga anak-anak. Anai-anai yang berkepak mencari-cari tempat baru membina koloni macam kelakatu berterbangan.
  3. Kalau nampak banyak kelakatu berterbangan, pasti berhampiran ada koloni anai-anai.
  4. Anai-anai tak tahan matahari. Cepat mati. Sebab tu mereka samada membuat lorong tanah atas kayu/simen/konkrit atau menggali terowong dalam tanah.
  5. Anai-anai suap-menyuap makanan kepada rakan masing-masing.
  6. Dalam perut anai-anai ada ribuan protozoa ( hidupan macam kuman ) yang mengkhadamkan serat kayu yang ditelannya.
Ada satu keajaiban  yang Mak Uda baca tentang anai-anai..

Kejadian ini berlaku di dalam rumah seorang muslim yang bernama En. Md Farooq penduduk Tappachabutra, Hyderabad. Al-quran yang beserta dengan terjemahan dalam bahasa Urdu yang telah berusia 100 tahun ini telah dimakan oleh anai-anai.
Apa yang ajaibnya anai-anai ini memakan semua termasuk terjemahannya tetapi tiada satu pun ayat Al-quran dalam bahasa Arab yang dimakan oleh anai-anai tersebut.


 
Subhanallah, anai-anai pun tahu tak boleh makan kalau bukan hak dia..

Inilah penyebab rumah mak perlu dibetulkan.. Sampai berlubang bumbung tu dimakan anai-anai, bayangkan binatang yang kecil tapi mendatangkan bahana yang besar. 

Hasilnya:





Mak Uda pun sedang buat renovation rumah..baru siap 50%, insya allah sebelum raya siaplah 'Rumah Kecilku Sayang' tapi bukan di tepi sawah....


Friday, July 9, 2010

World Cup 2010

Tak berapa hari lagi World Cup 2010 nak habis, rasa macam tak 'best' pulak bila dah akhir-akhir ni.. Banyak 'frust' bila tau pasukan yang Mak Uda suka dah kalah, masa peringkat awal macam hebat, tapi bila dah pergi peringkat separuh akhir ni diorang macam dah malas main, kalau dah malas bagitau cepat-cepat, boleh Mak Uda gantikan...geram je bila Jerman kalah hari tu...tak puas hati sebenarnya ni, padahal dah 2 hari berlalu, nak jugak masaukkan dalam blog. 
 Pasukan kegemaran Haziq, anak Mak Uda..


Pasukan Hariz suka sangat..

Walaupun kalah, Amir tetap sokong...beli pemadam nak bendera Brazil jugak...

Paul. sotong kurita belum buat tilikan lagi siapa yang juara  nanti..pandai pulak sotong ni ye, pastinya jadi isu hangat jugak world cup ni kat sekolah Mak Uda, orang lain tak teruja pun, Mak Uda je dengan PAR sekolah..tak ada perasaan pulak diorang ni..tension jugak tak ada yang menengoknya..tak pelah, dengan Pak Uda je pun ok jgk. 
Harap-harapnya nanti Belanda menang..best sikit kan..Bola..bola..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails