Thursday, July 29, 2010

Kenapa manusia sering tak puas hati?

Renungan sejenak....
Di mana letakkan perasaan? Kalau kita kata letaknya di hati, kenapa kita tak ber'hati perut' pulak ? Macamana nak menjaga perasaan seseorang? Selalu kita kata muhasabah diri dan berpesan-pesan kepada diri kita dan orang lain, tapi kita buat tak? Jangan cakap saja mudah, tapi tak ada hasilnya...

Kenapa Mak Uda cakap macam ni pagi-pagi? Banyak persoalan yang timbul bila di depan kita konon nak tunjukkan contoh tapi sebenarnya dalam pada tu kita mengenakan dan menindas orang lain, tak ada perasaan betul..


Mari kita cuba baca ayat Thoha surah 1 hingga 5:


            Tho.. Ha. Kami (Allah) tidak menurunkan al-Qur’an ini kepada engkau supaya engkau  menjadi  susah. Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut. Diturunkan daripada yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.  (Iaitu) al-Rahman (Yang Maha Pemurah), yang bersemayam (menetapkan pentadbiran-Nya) di atas 'Arash.
 
Amalkan hari-hari, biar lembut hati kita, banyakkan sabar di hati kita, sebab itulah moto blog Mak Uda ni..Biar kita hidup susah kerana orang lain, jangan kita hidup menyusahkan orang lain.. Hari ini kita menyusahkan hidup seseorang, suatu hari nanti orang lain pulak akan menyusahkan hidup kita, harap-harapnya tidaklah..jadilah contoh yang baik dan seikhlas-ikhlasnya. Kadang-kadang sayu hati Mak Uda ni kenapalah kita ni sukar nak jujur dan menunjukkan sesuatu kerja kita ni dengan tanpa seuatu niat yang baik.


Sesiapa baca ni dan tak ada kena mengena jangan terasa pulak, bukan Mak Uda nak menyindir, tapi inilah hakikat, kalau yang biasa buat dan sedarlah di mana kita sekarang..Hidup kita bukannya lama, entah kan hari ni dapat tulis kat blog, esok dah tak ada, tak sempat nak mintak maaf..



Cuba kita balik semula kepada kedudukan kita masa dulu-dulu, adakah kita buat semua macam yang kita hendak sekarang? Belum tahu lagikan, sekurang-kurangnya kita ber'perasaan' kasih' dan 'kasihan'... Mak Uda harap Mak Uda dan Pak Uda tetap macam ini, dulu, kini dan selamanya...Mak Uda rasa Mak Uda dah banyak sabar dan lembut hati sejak baca ayat tu, ke Pak Uda yang bacakan untuk Mak Uda? Ha..ha...
Sendiri  
Sendiri
Manempuh hidup
Tiada berayah tiada beribu
Sendiri aku berjalan
Tiada harta menjadi bekalan

( korus )
Belum pernahku kesali hidupku
Lahir kedunia pun begitu
Suka dukaku tanggung sendiri
Dengan ketabahan hati
Mana saudara manakah teman teman
Disaatku memerlukan
Kepalsuanmu makin menjadi nyata
Kemesraan sementara

Sendiri
Kadang menyiksakan
Kerna tiada teman bicara

7 comments:

nidus2 said...

Nak baca surah Toha ke nak ajak nyanyi lagu sendiri..dua-dua Pak Nidus minat.

ozzy said...

salam..
Begitulah kehidupan hari ini..manusia semakin hipokrit..pakaian serta perwatakan ada kalanya tidak selari dengan apa yg ada didalam hati

Rusiah_Hazri said...

Kalau Pak Nidus nak nyanyi lagu sendiri, suara kena macam Jamal..tapi nyanyi perlahan-lahan..
surah Toha untuk panduan kita..

Rusiah_Hazri said...

Betullah Ozzy, Mokde ni penyedih orangnya, hati cepat sayu bila cakap tak serupa bikin, tapi bila marah sikit dia kata kita melawan..biorkan..sabor banyak2..

Penulis Rindu said...

salam ziarah rakan blogger..manusia memang macam tu...apa yg dibuat semua tak puas hati

Rusiah_Hazri said...

bila bg pendapat nk bgtau yg sebenar dikata melawan, bila diam kata tak nak bg respon, bila pandang dikata melawan, mana satu nak buat..nk kerja lain, rasanya baik jd cikgu smpi pencen...tunggulah dia pencen pulak...

Aida Ali said...

Rasa tak puas hati perlu supaya kita sentiasa meningkatkan usaha kita. Tapi jangan sampai menyusahkan diri kita dan orang lain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails