Wednesday, December 29, 2010

Bola Sepak Piala Suzuki 2010

Mak Uda sebenarnya tengah 'mengeram' ...bukan apa, nak baca buku sebab esok Mak Uda nak mengadap peperiksaan semester ni, kan Mak Uda ni 'mahasitua' yang baru nak belajar. Kononnya tak naklah mengemaskini blog, tapi apakan daya, bola sepak punya fasal, terpaksalah korbankan sekejap pantang Mak Uda ni. Sekejap tadi Mak Uda dah tutup tv masa rehat 15 minit tapi bila dengar Pak Uda jerit...GOLLLLLLL!!!! tak boleh jadi, ulasan siaran langsung, boleh bangun balik buka tv...Isy...banyak betul dugaan periksa kali ni. 

Setakat ni dah 1-0, harap-harapnya menanglah ye MALAYSIA... Bagus betul penjaring Malaysia tadi.

Yang ni keputusan rasmi hari tu.
Malaysia : 3
Penjaring : Safee Sali, Minit ke 60:00
Penjaring : Anshari Shamsuddin, Minit  ke 67:14
Penjaring : Safee Sali, Minit ke 72:00

Indonesia : 0
 Masa Mak Uda taip ni, Indonesia dapat sumbat satu gol, minit ke 71...Semangat...semangat...
1-1...
 
Penyerang Selangor, Safee Sali...(cedok daripada KOSMO)
Keputusan rasmi akan di'update'kan sekejap lagi...Doa banyak-banyak ye...Demi Negara... 

Update: apa pasal lah kau tanduk pemain Malaysia, kan dah masuk gol sendiri... 2-1...geramnya...


Update lagi: Malaysia JUARA!!!... Agaknya memang kerja sotong kurita ni menilik bola sepak. Indonesia pun dah ada sotong kurita mereka sendiri...Gundal namanya... Gantikan Paul sotong yang dah mati tu gamaknya. Nak mengeramlah balik, jumpa 2 hari lagi.

Monday, December 20, 2010

Contest Teka Buku Ibu Ayu.Blogspot.

Salam petang semua, Mak Uda pertama kalinya nak menyertai satu contest, itupun sebab blog BFF Mak Uda, kalau tak...jangan haraplah kat Mak Uda ni, bukan apa... Mak Uda ni tak tahu nak meneka sangat dan buat 'link' macam orang lain tu buat. Oleh kerana ini blog kawan baik Mak Uda, Mak Uda mesti sokong dia. Menang kalah belakang kira, sapa nak join buat julung-julung kalinya, follow lah Mak Uda ye...

Nak 'join' macam Mak Uda pegi sini ye...

Jawapan Teka  Jumlah  buku ibuayu ialah 215 buah buku.

Mak Uda nak tag :



Tarikh tutup : 31 Disember 2010
Agak2nya hadiahnya mesti nak ajak Mak Uda pergi bercuti atau baju baru nak buka sekolah nanti... 




Harga barang akan naik lagi?

Sambungan dengan entry Mak Uda yang lepas, dengar-dengarnya harga barang akan naik lagi. Sampai ke tahap manakah kenaikan harga barang akan naik. Mak Uda dengar berita ni bila mak mentua balik dari hospital 2 hari lepas (Induk, adik ipar Mak Uda baru bersalin 18 Dis 2010 di Hospital Melaka), dia kata ada seorang pakcik yang bawa teksi yang melawat anaknya di hospital yang sama katanya, kalau ada tong, simpanlah minyak sebab harga minyak akan naik.. Mak Uda terfikir pulak baik kita beli satu tangki lori minyak Petronas tu bawa balik, kalau setakat simpan satu dua tong minyak kelapa baik tak payah. 

Yang peliknya, Mak Uda ni ada juga pergi melawat adik ipar Mak Uda di hospital tu...  Dua kali Mak Uda pergi sana dan bawa anak-anak Mak Uda dan anak-anak saudara makan di Kafeteria Hospital tu, harga makanannya...cuba teka...

Murah Gila!!!

Mak Uda makan anak beranak hari pertama pergi 5 orang, dengan nasi 2 pinggan, ayam 3 ketul, mee kari 3 mangkuk, air lagi baru RM17.50...kagumnya, murah tu. Ada kuih 2 biji lagi. Hari ke-2, pergi seramai 9 orang, makan dan minum dan tambahan 2 lagi burger oblong baru rm31.50...seronok kanak-kanak ni bila kita isi perut dia. Tenang sikit bila pergi melawat, sampai kan hari ke-3, semalam, anak bongsu Mak Uda tanya, "Kita tak pergi hospital ke, mak? Makan kat sana..." 
Sekadar Gambar Hiasan

Mak Uda lihat senarai menu di situ memang lebih murah, sampaikan nasi minyak hanya RM2.50 sahaja sepinggan, dan senarai mee atau laksanya juga RM2.50 tidak seperti makan di luar yang mencecah ke RM6.00 sepinggan nasi minyak dan mee/lasksa lebih kurang RM4.50. Lebih baik makan di hospital ye daripada makan di kedai atau di restoran? Kebersihan dan kandungan kalori pun dijaga... Amacam? Nak melawat Hospital Melaka? Memang berbaloi!!!

Bagaimana harga makanan di luar lebih mahal?

Thursday, December 16, 2010

Bagusnya harga barang naik...

Pastinya ramai yang akan marah dengan tajuk entry Mak Uda ni. Mak Uda pun marah dalam ketawa. Mak Uda dapat idea nak buat entry bila pagi tadi Mak Uda pegi pasar nak beli lauk untuk masak  makan tengah hari. Ingatnya nak menggulai lemak cili api, orang Negeri Sembilan dan Melaka  terutamanya di Lubok China ni mana boleh nak menolak lauk cili api ni. Mak Uda nak beli kelapa parut, harganya sekarang RM1.80 sebiji yang dah berparut. Mak aii... melampau-lampau sungguh peniaga sekarang ni ye. 

 Bersepah-sepah je kelapa kan..sayang, kalau Mak Uda ni mata duitan, jenis kaki cari duit, memang dah selamat kelapa ni.

Kalau dululah, masa Mak Uda kecil-kecil dulu, buah kelapa tergolek-golek je kat kaki Mak Uda, buat main sepak-sepak dengan kawan-kawan, rasanya dalam 40 sen sebiji, bila kat rumah mak Mak Uda ada mesin kelapa, ambil upah mesin pun 5 sen. Aduii...kalaulah Mak Uda tau dulu harga kelapa melonjak macam ni, Mak Uda tanam kelapa banyak-banyak... ha..ha.. berangan je.
 Hari tu Mak Uda kenakan anak saudara Mak Uda.. hari ni kita nak masak 7 ekor 'ayam'..wah, bersorak diorang, padahal Mak Uda nak masak 7 biji telur ayam je, bila tengok je telur dadar, terus terponyok...
'kesian hantu ayam...'
 
Minggu lepas dah lah terkejut bila pegi pasar raya, harga telur satu 'tray' 30 biji, RM9.20 dulu RM3.00 je tapi kalau kita eramkan telur tu kita dapat 30 ekor anak ayam, bila besar memang berbaloilah kan? Tapi kita nak makan telur ayam... Yelah bila minyak petrol naik, harga barang semuanya melonjak juga.Kesian kita sebagai pengguna kan, apa tah lagi ramai yang hidup susah tu, apalah yang mereka nak makan.


Mak Uda pinjam dari profhariz.com...



Berbalik ke cerita Mak Uda yang suka melalut ni... Mak Uda pun berfikir sambil mencari barang, "bagusnya harga barang naik...aku nak masak asam je ikan ni, tak payah guna kelapa, jimat...". Kalau kita fikir-fikirkan, memang nak marah je bila semua harga barang melambung, harga kuih seketul pun 40 sen sekarang, kalau dulu dapat 8 biji kuih yang sama dengan 5 sen je sebiji. 

Bukan apa, dapat jugak kita menyelamatkan kesihatan kita, "KURANG LEMAK, KURANG GULA, dan KURANG GARAM" . Yang merancang diet memang sesuailah masa ni, ada alasan bila kawan-kawan ajak pegi makan, bagitau je kita diet, padahal yang kerja gomen nak tunggu 20hari bulan, lambatnya lah gaji ye...jadikan tu sebagai satu alasan, pun kira berjimat jugak...


Mak Uda tengok iklan di tv pun asyik mintak kita kurang ambil gula, nak buat boikot karang tak boleh pulak ye, katalah kita kena kurangkan pengambilan gula...Mak Uda 'follow' aje.

 


Kan bagus harga barang naik? Ha..ha...tension betul Mak Uda ni.
















   

Tuesday, December 14, 2010

Kalau Berpacaran...

Mak Uda suka lagu ni sebab suara Abang Suhaimi tu...pergh...memang 'macho' dari dulu, macam suara Pak Uda..(ye ke bang?)... adalah macam...dan pakaian Ana Raffali tu, memang sopan, dari dia menyanyi di You Tube, Mak Uda tengok dia pulun main gitar dengan berbaju kurung dan kebaya, andai kata dia dapat mengekalkan cara dia berpakaian dan tidak terpengaruh seperti artis lain, memang boleh tabik dengan dia ye.

Lirik Lagu Kalau Berpacaran

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang
 
Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus

Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Ulang korus 2x

Saturday, December 4, 2010

Kuala Woh, Tapah, Perak.

Mak Uda baru balik dari buat lawatan bersama anak-anak murid ke Cameron Highland. Kiranya tahun ni, paling banyak Mak Uda pegi makan angin dan naik angin...tak adalah. Kalau tak Mak Uda ni paling pemalu orangnya, lebih suka duduk di rumah, dah tiru perangai Pak Uda, yang lebih suka duduk dalam 'poghak' sendiri. Kalau diikutkan Mak Uda ni dah puas berjalan dalam negeri-negeri Semenanjung Malaysia ni, sebelah Malaysia Timur je belum pernah dijejak lagi.
       
Kalau Mak Uda pegi pun lebih kepada rombongan bawa budak sekolah. Muka Mak Uda nilah jugak yang bawa budak-budak, rasanya belum pernah sekalipun Mak Uda tak pegi, bukan apa...kadang-kadang lebih kepada rasa belas kepada anak murid tu yang tak pernah pergi bercuti ke mana-mana, memandang mak ayah mereka yang susah. 


Balik kepada tajuk di atas, Mak Uda memang dah lama dengar  nama tempat ni, tapi tak berkesempatan nak pegi lagi. Mak Uda mencarilah maklumat tentang Kuala Woh, Tapah ni di Google. Menarik sekali tentang tempat ni tentang sungainya. Mak Uda lebih menyukai sungai berbanding air laut, tapi yang tak disangka sekali terdapat mata air panas betul-betul berhampiran dengan tebing sungai. Memang mengagumkan kebesaran Allah ni. Bila kita sejuk mandi air sungai, kita boleh terus panaskan badan dan hanya perlu menggunakan 'heater' semula jadi yang Allah ciptakan ni. 

 Kakak berbaju oren tu sedang memanaskan kaki dia. Batu-Batu besar tu semuanya berasa hangat dan kalau nak bertungku lepas bersalin bawak je balik batu-batu besar tu...ha..ha..
Adik dua orang tu tengah 'merendek'...


 Yang menarik juga, kalau nak tengok rama-rama tak payahlah pegi Taman Rama-Rama, di sini rama-ramanya lebih besar dan jinak, serta lebih banyak. Memang menarik. Airnya pulak, Masya Allah, sejuk betul. Prasarananya juga boleh tahan menarik dan ada chalet yang boleh disewa. Kalau dah berkhemah memang bagus tempatnya, nasib baik jauh je, kalau tak hari-hari Mak Uda mandi sungai.



Walaupun penat melayan anak-anak murid dan anak-anak sendiri, tetapi Mak Uda tetap bersyukur, Mak Uda dapat juga bawa semua orang berjalan-jalan. Melayan kerenah orang bukannya mudah, tetapi buat habis baik. Terima kasih semua.

Tarikh Pembayaran Gaji bagi Kakitangan Kerajaan Tahun 2011

Penyata pertama yang Mak Uda buat untukmenaikkan semangat...Ha..ha..kerja pun belum mula dah sibuk kira gaji...Bukan apa, untuk pembentangan budget tahun depan.

Mak Uda yang sekejap tenggelam timbul...


Salam bahagia semua...

Mak Uda ni tak macam blogger lain yang sentiasa meng'update' blog masing-masing.  Banyak sangat kekangan yang ada untuk mengemaskini cerita terkini...padahalbanyak cerita yang nak dikongsi bersama. Kesihatan baik seadanya, 'line internet'pun tak ada masalah, masalah hanyalah pada Mak Uda, yang dah malas ni. Seronok bila tengok kawan-kawan maya Mak Uda mengemaskini blog masing-masing.

Animated Pictures

                     
Tak apa, akan Mak Uda kuatkan semanagt untuk mengemaskini blog ini. Kuatkan azam!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails