Monday, December 20, 2010

Harga barang akan naik lagi?

Sambungan dengan entry Mak Uda yang lepas, dengar-dengarnya harga barang akan naik lagi. Sampai ke tahap manakah kenaikan harga barang akan naik. Mak Uda dengar berita ni bila mak mentua balik dari hospital 2 hari lepas (Induk, adik ipar Mak Uda baru bersalin 18 Dis 2010 di Hospital Melaka), dia kata ada seorang pakcik yang bawa teksi yang melawat anaknya di hospital yang sama katanya, kalau ada tong, simpanlah minyak sebab harga minyak akan naik.. Mak Uda terfikir pulak baik kita beli satu tangki lori minyak Petronas tu bawa balik, kalau setakat simpan satu dua tong minyak kelapa baik tak payah. 

Yang peliknya, Mak Uda ni ada juga pergi melawat adik ipar Mak Uda di hospital tu...  Dua kali Mak Uda pergi sana dan bawa anak-anak Mak Uda dan anak-anak saudara makan di Kafeteria Hospital tu, harga makanannya...cuba teka...

Murah Gila!!!

Mak Uda makan anak beranak hari pertama pergi 5 orang, dengan nasi 2 pinggan, ayam 3 ketul, mee kari 3 mangkuk, air lagi baru RM17.50...kagumnya, murah tu. Ada kuih 2 biji lagi. Hari ke-2, pergi seramai 9 orang, makan dan minum dan tambahan 2 lagi burger oblong baru rm31.50...seronok kanak-kanak ni bila kita isi perut dia. Tenang sikit bila pergi melawat, sampai kan hari ke-3, semalam, anak bongsu Mak Uda tanya, "Kita tak pergi hospital ke, mak? Makan kat sana..." 
Sekadar Gambar Hiasan

Mak Uda lihat senarai menu di situ memang lebih murah, sampaikan nasi minyak hanya RM2.50 sahaja sepinggan, dan senarai mee atau laksanya juga RM2.50 tidak seperti makan di luar yang mencecah ke RM6.00 sepinggan nasi minyak dan mee/lasksa lebih kurang RM4.50. Lebih baik makan di hospital ye daripada makan di kedai atau di restoran? Kebersihan dan kandungan kalori pun dijaga... Amacam? Nak melawat Hospital Melaka? Memang berbaloi!!!

Bagaimana harga makanan di luar lebih mahal?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails