Kalau Mak Uda pegi pun lebih kepada rombongan bawa budak sekolah. Muka Mak Uda nilah jugak yang bawa budak-budak, rasanya belum pernah sekalipun Mak Uda tak pegi, bukan apa...kadang-kadang lebih kepada rasa belas kepada anak murid tu yang tak pernah pergi bercuti ke mana-mana, memandang mak ayah mereka yang susah.
Balik kepada tajuk di atas, Mak Uda memang dah lama dengar nama tempat ni, tapi tak berkesempatan nak pegi lagi. Mak Uda mencarilah maklumat tentang Kuala Woh, Tapah ni di Google. Menarik sekali tentang tempat ni tentang sungainya. Mak Uda lebih menyukai sungai berbanding air laut, tapi yang tak disangka sekali terdapat mata air panas betul-betul berhampiran dengan tebing sungai. Memang mengagumkan kebesaran Allah ni. Bila kita sejuk mandi air sungai, kita boleh terus panaskan badan dan hanya perlu menggunakan 'heater' semula jadi yang Allah ciptakan ni.
Kakak berbaju oren tu sedang memanaskan kaki dia. Batu-Batu besar tu semuanya berasa hangat dan kalau nak bertungku lepas bersalin bawak je balik batu-batu besar tu...ha..ha..
Adik dua orang tu tengah 'merendek'...
Yang menarik juga, kalau nak tengok rama-rama tak payahlah pegi Taman Rama-Rama, di sini rama-ramanya lebih besar dan jinak, serta lebih banyak. Memang menarik. Airnya pulak, Masya Allah, sejuk betul. Prasarananya juga boleh tahan menarik dan ada chalet yang boleh disewa. Kalau dah berkhemah memang bagus tempatnya, nasib baik jauh je, kalau tak hari-hari Mak Uda mandi sungai.
Walaupun penat melayan anak-anak murid dan anak-anak sendiri, tetapi Mak Uda tetap bersyukur, Mak Uda dapat juga bawa semua orang berjalan-jalan. Melayan kerenah orang bukannya mudah, tetapi buat habis baik. Terima kasih semua.
5 comments:
baiknya mak uda ^^ mmg best tau kuala woh ni. dulu lg bez, jernih je air. lps tu ada titi gntung lagi kan. rjn2 dtg la lagi haha promot plak, saya anak jati perak ^^
inilah tempat kenangan akak dengan abg nas masa camping pengakap masa maktab...kiranya masa ni lah baru cinta2 tu berbunga
dya: memang best kuala woh, mak uda mmg suka bab2 sungai ni, memang menarik pemandangannya...nnt mak uda promosi lagi ye...
ibu ayu: apa tak kabo hr tu, nak jd tulis nama atas batu...best betul, meh kita pegi gathering kat sana lagi...
Angah tak pernah pergi lagi situ adik ,baru nilah tahu pun .Menarik yer
seronok angah atie mandi kat situ, mcm nak pegi lagi, mengenangkan jauh je, kalau dapat berbesan org sana nanti manalah tau kan...ha..ha...tinggi nya harapan mak uda sebab nak mandi di kuala woh aje...
amacam dya...ada tak agaknya orang nak berbesan dgn mak uda?
Post a Comment