Thursday, December 16, 2010

Bagusnya harga barang naik...

Pastinya ramai yang akan marah dengan tajuk entry Mak Uda ni. Mak Uda pun marah dalam ketawa. Mak Uda dapat idea nak buat entry bila pagi tadi Mak Uda pegi pasar nak beli lauk untuk masak  makan tengah hari. Ingatnya nak menggulai lemak cili api, orang Negeri Sembilan dan Melaka  terutamanya di Lubok China ni mana boleh nak menolak lauk cili api ni. Mak Uda nak beli kelapa parut, harganya sekarang RM1.80 sebiji yang dah berparut. Mak aii... melampau-lampau sungguh peniaga sekarang ni ye. 

 Bersepah-sepah je kelapa kan..sayang, kalau Mak Uda ni mata duitan, jenis kaki cari duit, memang dah selamat kelapa ni.

Kalau dululah, masa Mak Uda kecil-kecil dulu, buah kelapa tergolek-golek je kat kaki Mak Uda, buat main sepak-sepak dengan kawan-kawan, rasanya dalam 40 sen sebiji, bila kat rumah mak Mak Uda ada mesin kelapa, ambil upah mesin pun 5 sen. Aduii...kalaulah Mak Uda tau dulu harga kelapa melonjak macam ni, Mak Uda tanam kelapa banyak-banyak... ha..ha.. berangan je.
 Hari tu Mak Uda kenakan anak saudara Mak Uda.. hari ni kita nak masak 7 ekor 'ayam'..wah, bersorak diorang, padahal Mak Uda nak masak 7 biji telur ayam je, bila tengok je telur dadar, terus terponyok...
'kesian hantu ayam...'
 
Minggu lepas dah lah terkejut bila pegi pasar raya, harga telur satu 'tray' 30 biji, RM9.20 dulu RM3.00 je tapi kalau kita eramkan telur tu kita dapat 30 ekor anak ayam, bila besar memang berbaloilah kan? Tapi kita nak makan telur ayam... Yelah bila minyak petrol naik, harga barang semuanya melonjak juga.Kesian kita sebagai pengguna kan, apa tah lagi ramai yang hidup susah tu, apalah yang mereka nak makan.


Mak Uda pinjam dari profhariz.com...



Berbalik ke cerita Mak Uda yang suka melalut ni... Mak Uda pun berfikir sambil mencari barang, "bagusnya harga barang naik...aku nak masak asam je ikan ni, tak payah guna kelapa, jimat...". Kalau kita fikir-fikirkan, memang nak marah je bila semua harga barang melambung, harga kuih seketul pun 40 sen sekarang, kalau dulu dapat 8 biji kuih yang sama dengan 5 sen je sebiji. 

Bukan apa, dapat jugak kita menyelamatkan kesihatan kita, "KURANG LEMAK, KURANG GULA, dan KURANG GARAM" . Yang merancang diet memang sesuailah masa ni, ada alasan bila kawan-kawan ajak pegi makan, bagitau je kita diet, padahal yang kerja gomen nak tunggu 20hari bulan, lambatnya lah gaji ye...jadikan tu sebagai satu alasan, pun kira berjimat jugak...


Mak Uda tengok iklan di tv pun asyik mintak kita kurang ambil gula, nak buat boikot karang tak boleh pulak ye, katalah kita kena kurangkan pengambilan gula...Mak Uda 'follow' aje.

 


Kan bagus harga barang naik? Ha..ha...tension betul Mak Uda ni.
















   

3 comments:

BUNGA said...

As salam Mak Uda..
terperanjat saya baca harga kelapa parut RM1.80.. mahalnyaaaaa.... saya baru setahun tak balik malaysia, harga barang dh melonjak2 naik yer.. oh.. malaysia tanah airku.. hmm

NB KARA said...

oh skrg ini kalau pergi tesco, ambik barang tanpa berfikir, maka satu troli dulu rm150, sekarang paling kurang rm400kan..kenapa barangan menjadi terlalu mahal, langsung tidak ada penjelasan dari pihak berkaitan

Rusiah_Hazri said...

memang semakin mencabar kehidupan kita ni, masa anak2 kita nanti mcamanlah pulak ye? sian diorang..

bunga: elok lah mahal kelapa tu ye, tapi sian kat pak uda yg suka masak lemak cili api...

kak yati: bawak seringgit macam dah tak laku je... dapat kuih pun dua je..siapa yang nak mendengar rintihan kita ni?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails