Thursday, December 29, 2011

Jamal Abdillah

     


  Pagi tadi Mak Uda membuat suatu kerja bagi seorang guru  setiap hujung tahun. Dalam pada menuju ke destinasi tu Mak Uda layan radio Sinar Pagi..ada Jamal Abdillah jadi tetamu undangan. Masa memandu tu Mak Uda terpaksa 'follow' sebuah kereta yang memang perlahan, nasib baik ada Sinar Pagi dengan Jamal Abdillah, tak adalah rasa 'tension' sangat.

      Mak Uda rasa nak kemaskini 'entry' yang sekian lama ter'senyap' ni pun sebab baru ada idea pasal Jamal Abdillah. Sedari kecil hinggalah dah nak tua ni, Mak Uda dibesarkan dengan lagu-lagu Jamal dan cerita-ceritanya yang kontroversi, tetapi Mak Uda tetap suka dengan lagu-lagu dia. Suara dia memang tetap macam tu dan lagu tentang kisah-kisah hidup dia memang 'syok' nak dengar. Sempena bulan bersama Jamal Abdillah hari ni, dia dijemput sebagai tetamu pagi di Sinar. Kalau nak tengok Jamal Abdillah Live pegilah tengok kat laman Sinar Fm.

Thursday, December 8, 2011

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2012

Salam pengemaskinian blog setelah cuti dari ber'blog'. Mak Uda memulakan sesi pengemaskinian dengan memberikan Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2012.

Semoga penerima gaji tahun depan bersyukur dengan rezeki yang Allah limpahkan kepada kita dan bekerjalah dengan lebih rajin, bertanggungjawab dan jangan mengharap balasan semata. Peringatan untuk diri sendiri dan semua.

Wednesday, September 28, 2011

Bunga Hutan



Sungguh murni bunga hutan
Suci bersih, bersih tidak bernoda
Kalau hati tidak iman
Jatuh kasih, kasih sampai tergoda

Memang sungguh murni si bunga kasturi
Kuntum yang berseri tiap hari
Putihnya bak gading sukar nak dibanding
Memang sangat elok dipersunting

Indah nian kembang asli
Walau tumbuh, tumbuh tidak berseri
Hati sayang, dalam hati
Rupa cantik, cantik halus berbudi

Memang sungguh murni si bunga kasturi
Kuntum yang berseri tiap hari
Putihnya bak gading sukar nak dibanding
Memang sangat elok dipersunting

Kasih hati dah sebati
Aku rela, rela jiwa melayang
Namun kasih tak diganti
Hati sudah, sudah cinta dan sayang

Memang sungguh murni si bunga kasturi
Kuntum yang berseri tiap hari
Putihnya bak gading sukar nak dibanding
Memang sangat elok dipersunting

Monday, August 22, 2011

Salam Kemerdekaan Ke-54

Sambil kita nak berhari raya ni, kita juga bakal menyambut kemerdekaan negara kita yang ke-54, Mak Uda selalu berdoa agar negara kita dilindungi Allah dari mara bahaya dan segala kecelakaan. Janganlah ada perkara yang tidak baik menimpa negara kita dan semoga rakyat negara kita masih waras dalam memperjuangkan sesuatu, sememangnya kita boleh bebas berkata dan berbicara tetapi ingat di hati kita perjuangkan diri kita sebagai orang Melayu dan rakyat Malaysia yang ingin berjaya.

Mak Uda akan 'upload' rangkaian lagu-lagu patriotik dan liriknya,  dalam sehari dua ni, kalau ada sesiapa yang teringin boleh ambil dari sini.  Mana yang tak betul tu, harap-harapnya betulkan sendiri. Sabor ye...

Salam Aidilfitri



Setelah sekian lama Mak Uda betapa dari meng'update' blog, makan akhirnya keluarlah Mak Uda dari 'Gua'...Mak Uda yang sibuk dengan asignment dan periksa. Maka kini barulah Mak Uda ada  sikit 'mood' raya walaupun jawab kertas peperiksaan tah apa-apa. 

Salam Aidilfitri daripada Mak Uda dan Pak Uda sekeluarga setelah hampir 2 bulan Mak Uda tak mengemaskini, insya allah Mak Uda akan aktif (kalau rajin lah...) semula... Pohon kemaafan kepada semua.

Saturday, June 25, 2011

Maharaja Lawak dah habis...

Memang best Maharaja Lawak malam tadi...Juara akhirnya jatuh ke tangan Sepah membawa hadiah RM350,000.00. Jozan tempat kedua dan Nabil tempat ke-3. Nabil macam dah tau je malam tadi, dia dah ready nak pegi ambil hadiah. Jambu tetap Jambu...tempat ke-4...Yang pastinya persembahan kedua diorang malam tadi memang best...Berbaloi usaha diorang. Mak Uda kongsi persembahan diorang malam tadi. Nabil jugak yang kayo makan sorang-sorang...

















Tuesday, June 14, 2011

Bukan Maharaja lagi ni....

Mak Uda malam ni melepaskan lelah dengan menonton lawak dua orang artis yang bukan tahap Maharaja Lawak lagi ni, apa gelaran nak bagi ye? Moh tengok....
 

 

Monday, June 13, 2011

Berkongsi Apa Yang Baik...

Mak Uda suka nak berkongsi sesuatu kalau ianya baik dan memanfaatkan. Dah lama Pak Uda bercerita tentang satu blog yang amat bermaklumat dan sentiasa mengingati Islam adalah agama terbaik. Hari ni Mak Uda berkesempatan nak mewar-warkan blog tersebut, 
Blog Sebuah Kehidupan, isi-isi yang ada dalamnya sangat berguna, bukanlah Mak Uda nak kata blog lain tak bagus, tetapi ini antara yang terbaik Mak Uda pernah jumpa. Semoga kita dapat berkongsi apa yang baik.

Sunday, June 12, 2011

Allah Maha Mengetahui...

Masa Mak Uda baca 'entry' ni dalam sebuah akhbar di sebuah kedai mee yang sedap dan menyebabkan Mak Uda dan Ibu Ayu terkedu bila bacanya. Mak Uda sangat jatuh kasihan pada Jimmy Shanley ni, di mana letaknya maruah seorang suami bila si isteri buat begini. Mak Uda nak kongsi isi berita tu. Mak Uda pun bukan baik sangat tapi sentiasa beringat dan mengambil iktibar...

Meh baca...

INAI masih merah di jari, isteri dah lari. Kami sempat duduk serumah selama 20 hari tetapi kalau diikutkan, saya hanya dapat bersamanya 10 hari. Bulan madu saya pun tidak seperti orang lain. Mulanya rancangan diatur untuk pergi berbulan madu ke destinasi lebih jauh dan romantik tetapi kerana keadaan kami tidak seperti pasangan pengantin baru yang lain, kami rancang untuk pergi ke Koh Samui, Bangkok dan Bali saja. Itupun, apabila sampai di Koh Samui, dia dah ‘lari’. Katanya, dia hendak ke Bangkok seorang diri.

Saya dah letih hendak memikirkan apa berlaku antara saya dan dia. Perasaan saya bercampur baur. Semakin lama dia pergi, semakin jauh. Dia ada anak angkat dan dia lebih suka tidur bersama anak angkatnya daripada melayan suaminya.
Saya dah tak kuasa hendak menyembunyikan perkara sebenar kerana semua orang dah tahu. Kalau ikutkan hati, hendak jadi apa pun jadilah, tetapi bila memikirkan anak kami yang sedang dikandungnya, hati saya jadi sebak, pilu dan sedih. Apa hendak jadi dengan saya, ada isteri macam tak ada isteri.

Dia sempat bermalam di rumah saya di Putra Heights, semalam saja. Apabila dia mahu duduk bersama saya, alangkah gembira rasa hati kerana dalam angan-angan saya dapatlah kami hidup bahagia seperti orang lain.
Di rumah itu semua saya sediakan, bahkan makan minum pun saya yang buatkan. Kain baju, saya hantar dobi. Dia tak perlu buat apa-apa dan saya tak kisah asalkan dia gembira. Bangun pagi, sarapan sudah terhidang. Namun, dia lari juga dari saya. Apa lagi perlu saya buat untuk menambat hatinya, bingung jadinya.

Sejak dia keluar rumah dan tak balik lagi, setiap hari saya menunggunya. Apabila terdengar kereta berhenti depan rumah, pantas tangan menyelak langsir, manalah tahu kalau dia yang balik. Berbulan saya menunggu tetapi hampa belaka. Dah kering air mata mengenangkan keadaan rumah tangga kami.
Saya tahu dia mengandung pun daripada orang lain dan wartawan yang bertanya kepada saya. Hancurnya hati, sebagai suami saya tak tahu apa-apa mengenai isteri. Orang lain lebih tahu daripada saya.

Sudah bermacam cara saya buat untuk mengambil hatinya, tetapi dia tetap tak mahu berjumpa saya. Kalau orang lain bahagia berkahwin, tetapi saya pula hanya mendapat malu dan sengsara. Saya tidak pernah berniat menumpang hartanya atau keluarganya, cuma mengharapkan sebuah rumah tangga yang bahagia.
Sebelum berkahwin, saya tidak pernah membenarkan mana-mana media mengambil gambar rumah, tetapi selepas berkahwin saya terpaksa melakukannya untuk membuktikan saya memang mampu menyara hidup kami berdua. Saya tidak mengambil sesen pun harta keluarganya.
Sebaik saja tahu dia mengandung, teringin benar hati ini untuk menjaganya, membawanya menjalani pemeriksaan di klinik dan melihat gambar imbasan bayi kami. Namun, saya tak merasa itu semua.

Saya ini bapanya, tetapi tiada apa yang dapat saya lakukan. Saya hanya boleh membayangkan saat-saat indah itu. Saya juga tak tahu bila dia hendak bersalin, khabarnya dalam sehari dua ini. Meronta hati ini untuk mengetahui jantina bayi itu.
Sebagai menyambut kehadiran orang baru itu, saya membeli peralatan bayi. Saya melihat dan membeleknya setiap hari, semakin saya memandangnya, terasa sangat sedih. Kasihan si kecil itu. Sebaik saja mendengar tangisannya nanti, saya mahu mengazankannya tetapi adakah saya akan dapat peluang itu. Saya mahu menjaganya kerana saya tahu, saya boleh menjadi bapa yang baik.
Pada awal kehamilannya, ibu mentua saya berjanji mahu menyerahkan bayi itu kepada saya tetapi sekarang rentak percakapannya sudah lain. Sudah terlalu banyak mereka menabur janji, saya tak tahu janji mana satu yang betul.
Saya serahkan segala-galanya pada Allah SWT. Bagaimana dan macam mana rupa bayi itu, saya mahu menjaganya dengan sepenuh kasih sayang.
Saya tak tahu dia ini macam mana orangnya, macam tak ada hati perut. Ke manakah pergi kewarasannya sebagai manusia. Dia lebih pentingkan kawannya daripada suami. Setiap orang ada kisah silam dan saya pun bukan orang yang sempurna.
Lupakanlah cerita lama dan bina hidup baru. Rupa-rupanya itu cuma harapan dan impian saya seorang, sedangkan ingatan dan fikirannya entah ke mana. Ingatkan selepas berkahwin, dapatlah lebih mengenali hati budi isteri tetapi kami semakin terpisah jauh.
Ketika mula mengandung dulu, alasan berjauhan dari saya kononnya tidak tahan bau badan suami. Alahan orang mengandung. Saya terima, tetapi sampai berapa lama. Orang lain mengandung juga, kalau tak tahan bau badan pun, setakat berpisah bilik namun masih tinggal sebumbung.

Dengan sekian banyak alasan, saya dah muak mendengarnya. Selepas bersalin nanti, entah apa pula alasan diciptanya. Ada juga saya dengar, selepas bersalin dia mahu membawa anak kami lari ke luar negara. Aduhai hati… sudah terlalu lama ‘engkau’ menderita. Bilakah akan berakhir.
Dalam kegelisahan dan kehampaan ini, tiada tempat hendak mengadu. Sejak kecil, emak dan ayah sudah pergi menghadap illahi. Hanya kepada Allah SWT saya serahkan segala-galanya. Dia ke umrah bersama keluarganya pun tidak minta izin saya.
Apapun, saya tetap mendoakan kebaikan untuknya dan dengan harapan tinggi menggunung moga kelahiran bayi itu nanti akan menyatukan kami semula.
Bersama sekeping hati yang duka, saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini. Saya memanjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya memberi ketenangan dan kekuatan untuk menempuh hidup ini.
Alhamdulillah, sekembalinya dari Tanah Suci, saya rasa tenteram dan tidak lagi terikut-ikut kata hati. Saya akan lalui saja apa yang ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Untuk mendapatkan kekuatan, saya baca buku motivasi dan agama.

Sesungguhnya sebagai isteri, tidak sukar untuk mencari keredaan Allah. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Seorang perempuan yang menegakkan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan mematuhi suaminya akan memasuki syurga melalui pintu mana saja dia suka.” Andai kata dia mahu kembali kepada saya, saya sedia memaafkannya dan menerimanya. Saya mahu bayi yang bakal lahir itu mempunyai keluarga sempurna.
Imbas kembali detik melalui tempoh pertunangan, pernikahan dan malam pertama, sebaknya hati tidak terkata. Sepanjang tempoh pertunangan pun, dia tak mahu rapat dengan saya. Ada saja yang tak kena.

Dua minggu sebelum berlangsungnya kenduri dan majlis persandingan, kami ambil gambar praperkahwinan di Cameron Highlands, itu pun dah kecoh.
Oleh kerana jodoh kami kuat, kami bernikah juga. Selepas itu pun, banyak benda yang merepek-repek dan huru-hara jadinya. Tiba malam hendak bersanding, dia tetap dengan perangainya.

Jika orang lain naik pelamin dengan wajah ceria, saya rasa biasa saja. Malam pertama, pasangan pengantin baru diulit bahagia, saya pula lain ceritanya.
Jika dia tak mahu juga berubah dan masih tidak dapat menerima saya sebagai suami, tunggulah kes di mahkamah nanti. Kalau boleh, saya tak mahu masalah kami dibawa ke mahkamah kerana akan mengundang aib, tetapi saya terpaksa melakukannya kerana perlu pertahankan hak saya.
Peliknya, dia berkahwin dengan saya bukan kerana dipaksa keluarga tetapi atas kemahuannya sendiri. Pada hari jadinya tahun lalu, apabila ditanya ibu bapanya, dia mahu hadiah apa, katanya dia hendak berkahwin dan ciri lelaki yang diidamkannya adalah saya. Kami pernah berjumpa lima tahun lalu dan pernah mengambil gambar bersama.

Kebetulan ketika ibunya datang berjumpa saya, saya masih solo dan segala-galanya diatur untuk menjodohkan kami berdua. Entahlah, saya tak tahu hendak kata apa lagi. Agaknya kerana saya penyabar, Allah SWT berikan saya ujian ini.
Sesungguhnya Allah SWT berikan ujian itu mengikut tahap kemampuan hamba-Nya. Jika itulah ketentuan hidup saya, moga Allah SWT kuatkan iman dan hati ini untuk menghadapinya.
Saya tak suka hendak bercerai-berai, tambahan saya artis. Nanti masyarakat ingat, artis ini tak ada kerja lain, asyik bercerai saja. Apabila orang dah tahu kisah rumah tangga saya, hendak keluar rumah pun malu dengan jiran tetangga.
Apabila kawan datang ke rumah ajak keluar makan, baru saya keluar. Beratnya tanggungan ini. Hanya Allah SWT yang mengerti derita saya.”

Rasanya masa Mak Uda baca lagi panjang, ke Mak Uda yang mengeja..

Janganlah Allah menduga Mak Uda menjadi seperti ini yang tidak taat kepada Pak Uda, semoga Allah menyayangi Mak Uda dan semua isteri di dunia ini. Mak Uda amat berharap isterinya dapat berubah dan menyayangi rumah tangga yang baru di bina. Biarlah Mak Uda tak ada rumah besar, sedikit duit, janji Pak Uda dengan anak-anak ada. 

Friday, June 10, 2011

Transformers 3




http://www.transformersmovie.com/videowidget/videoWidget.html?v=TF3_TRAILER_1024

Saksikan di panggung 1 Julai ni...sekolah Mak Uda cuti peristiwa hari Jumaat tu, jadi moh kita pegi ramai-rami lepas sembahyang Jumaat. Kalau yg sembahyang Jumaat dalam panggung Mak Uda tak tanggung ya?

Sunday, May 22, 2011

Tragedi Tanah Runtuh...

 Gambar yang dah dibesarkan...Comel betul yang kecik-kecik tu...



Sekalung ucapan takziah dari blog Mak Uda_Pak Uda buat keluarga adik-adik, anak-anak Yatim di  Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat yang melibatkan 25 orang mangsa. Semua mangsa yang tertimbus berjaya diselamatkan oleh pihak penyelamat sehingga awal 5.30 pagi tadi yang telah bermula jam 2.45 petang semalam. Daripada 25 orang mangsa tersebut 9 mengalami cedera manakala 16 orang daripadanya telah terkorban.  Sedihnya bila mengenangkan nasib mereka, dah lah tidak beribu dan bapa, perginya pun dalam keadaan yang tidak disangka-sangka, Allah Maha Mengetahui...


Kadang-kadang kejadian beginilah yang memberi keinsafan kepada Mak Uda dalam menjalani kehidupan seharian, Mak Uda tak mahulah terlalu gembira sehingga kadang-kadang melalaikan kita dengan dunia yang sementara ini. Semoga Allah sentiasa menyedarkan Mak Uda dan Pak Uda sekeluarga betapa pentingnya nafas yang Allah berikan kepada kita. Janganlah Mak Uda ni mengejar keduniaan sahaja...Ingatkan Mak Uda jika terlupa!!!  Semoga anak-anak yang pergi ini di tempatkan bersama-sama orang yang dipilihNYA... Nama-nama anak yang terkorban dan terselamat boleh di baca di sini...

Monday, May 16, 2011

Biarkan...

Oleh sebab harga minyak nak naik lagi, kita cari cara nak menenangkan diri dan cara mengatasi kerunsingan hati dengan menonton video-video di bawah... Memang sah-sah hilang rasa bosan tu dan 'explore' lagi rancangan SENTAP ni... Memang terSENTAP bila tengoknya...




Harga minyak naik lagi...

Memang hebat kalau harga minyak petrol RON97 naik lagi...bukan senang nak naik kan? Ini satu peningkatan... Semoga harga minyak terus naik...SENTAP!!!! Bila harga minyak harga barang makin naik dan makin meriah nampaknya, lagi-lagi nak raya tak lama lagi. Kita makan satu lauk satu hari pun dah ok rasanya, yang kaya bertambah kaya, yang susah makin susahlah lagi... Mak Uda suka...suka....grrrrr......

Hari Guru paling sedih...













Mak Uda secara langsung buat liputan dari sekolah Mak Uda.

Tak pernah Mak Uda sesayu ini setiap kali melalui Hari Guru. Banyak betul peristiwa yang membuatkan Mak Uda sedih tahun ni. Hari ni semasa menyanyikan Lagu Guru Malaysia, Mak Uda menitiskan air mata kerana tidak boleh menahan lagi kesedihan yang ada dalam diri Mak Uda. Doakanlah agar Mak Uda sentiasa tabah dan kuat semangat.

Dan tak tahan lagi, kawan yang sejak dulu Mak Uda kenal, Cikgu Nordin Yasir yang telah mengalami kemalangan dan tidak boleh mengajar lagi dan dikategorikan sebagai Guru Dalam Pool. Tetapi pada hari ini, beliau telah berkesudian menyampaikan sajak walaupun tidak berkeupayaan seperti dulu lagi. 

Kami telah menganugerahkan Tokoh Guru 2011 kepada kawan Mak Uda, Pn. Hjh. Hamidah Kasim, 

Selamat Hari Guru 2011...

Mak Uda dapat dua kad ucapan Hari Guru daripada YB Dun Ayer Limau, orang lain punya satu je...(ayat berlagak...)
Selamat Hari Guru buat yang istimewa untuk Mak Uda dan Pak Uda( berlagak betul...ucapan untuk diri sendiri ye...) dan semua warga pendidik seluruh negara termasuklah kawan-kawan Mak Uda dan Pak Uda, adik-beradik, ipar duai dan sanak-saudara yang bergelar 'GURU'...Tak kiralah apa jua jenis guru kita ni, guru mengaji, guru KEMAS, guru TADIKA/TABIKA/PASTI atau pusat asuhan...janjinya ia bertugas untuk mengajar...Guru sekolah memandu dan guru menjahit pun boleh...


Yang pastinya kita sebagai guru telah mengorbankan terlalu banyak, yang pastinya ilmu yang berguna, sampailah kita tiada nanti, semoga ianya dimanfaatkan...

Keduanya, pengorbanan tenaga, kalau bab ini, memang tak terjangkau Mak Uda rasa, bila dibuat rasa macam tah apa-apa tapi rasanya pengorbanan tenaga ni memang susah nak diukur, Mak Uda bukannya nak berlagak tapi rasanya bekas anak-anak murid Mak Uda kalau jumpa mesti bertanya, "Cikgu duduk kat padang lagi?"...Apa yang Mak Uda boleh jawab, Inilah lah cikgu mampu buat biar awak boleh pergi jauh lagi...

Yang kat bawah ni kawan Mak Uda yang membuat kerja serupa dengan tukang kebun tetapi sebagai seorang guru inilaah yang kami lakukan walaupun bukan bidang kerja kami.

Ketiganya, pengorbanan masa...Yang ini memang tak boleh nak cakap. Pukul 7.00 pagi dah terpacak kat sekolah kalau nak menghantar bebudak sekolah pergi masuk apa-apa pertandingan, kaler kulit tak boleh nak cakaplah, tak sempat nak putih... Kalau mengajar kelas peperiksaan pulak, berebut-rebut masuk ke kelas nak memandaikan budak-budak tapi bukanlah memandai-mandai, dan itupun masih ada yang mengatakan kami ni tak pandai lagi mengajar, tak pelah...Allah Maha Mengetahui...   Yang bawah ni kawan Mak Uda jugak yang sempat lagi mengecat mural walaupun ada kelas lagi selepas itu...

Semoga pengorbanan kami dihargai dan dipandang dengan dua belah mata sesiapa sahaja, bukan tugas kami mengajar sahaja tetapi inilah hakikatnya "tugas guru pada masa kini"...Gurulah pelakon, pelukis, tukang kebun, polis, jururawat, perunding dan yang 'sebaris' dengannyalah....Tak kira betapa banyak tugas kami sehari tetapi kami tetap sayangkan tugas kami "Mendidik Anak Bangsa!!!"


Tetapi yang paling Mak Uda suka sekali hari ini, Mak Uda jumpa seorang bekas murid...


"Cikgu ni tetap macam dulu, serupa je macam masa anak dara"...Terima kasihlah...


Kerja Mak Uda setiap tahun tetap menyediakan hadiah untuk semua guru-guru anak Mak Uda...Terima Kasih kerana memandaikan anak-anak Mak Uda dan Pak Uda...



Sunday, May 15, 2011

Sesak betul...

Dah berapa hari tak boleh 'edit' blog...Baru pagi ni boleh, meragam jugak 'blogspot' ni...Macam-macam hal kalau nak jadi 'blogger', tak 'edit' orang tak mari pulak, jadinya kenalah jadi wartawan cap ayam... Apa lagi, mana kawan-kawan 'blogger' dah boleh 'update', masuk cerita baru... Ada yang sampai merajuk-rajuk tak dapat nak 'sign in'...

Saturday, May 7, 2011

Tomorrow is Mak's day....

Sempena esok  'Mak's Day' atau Hari Mak nak 'glamour'  zaman sekarang Hari Ibu... So, Selamat Hari Mak untuk semua mak dan bukan esok sahaja nak meraikan mak-mak ni tapi semestinya hari-hari dan mak hendaklah sentiasa di hati. Tak ada mak, tak adalah kita di dunia ni. Jangan hari ini kita mendongak ke langit kerana kejayaan dan kekayaan kita, tapi ingat...Semuanya dimulakan oleh seorang 'Mak' (Ibu, Ummi, Mummy, Amma, Mama)...

Tanpa Mak...anak siapa pulak ni?
Ada Mak,  anak siapa pulak ni...


Kalau beradab, anak siapalah ni..
Kalau kurang beradab, anak siapalah ni?!!

Kalau kaya, siapa mak dia...bertuah sungguh...

Kalau kayap...siapa mak dia...BERTUAH punya anak!!!


Semuanya bermula dengan MAK...Ingat mak selalu bukan esok atau hari tertentu, kalau mak marah bukan selamanya dia menyimpan dan merajuk. Fahami hatinya, dia bukan nak harta sekadar memahami kehendaknya...


Ingat masa dia ada, bila dah TIADA, dicari satu DUNIA takkan SAMA....


Emak Mak Uda RAHIMAH HJ.SULAIMAN.. dah 7 tahun tiada, tarikh pemergiannya 10 APRIL yang lalu...Semoga roh mak sentiasa berada di dalam lindungan Allah S.W.T... Sayang emak tiada surutnya...Buat mak mertua yang sentiasa sihat adanya, SALMAH BINTI KASSIM...semoga sihat sentiasa dan dikurniaan kudrat yang bertenaga walaupun umurnya tahun ni 72 tahun, tak terjangkau kita kerjanya...Mak Uda  ni pun dah hampir ikut fesyen mak mertuaku!!! 




Maharaja Lawak Minggu ke-6

Nabil

Jozan

Sepah


 Jambu

Tuesday, May 3, 2011

Hari Guru 2011



Setakat ini, inilah yang terbaik Mak Uda jumpa untuk lagu tema Hari Guru 2011, 'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara'.
 Lagu & Lirik : Rosman Adam

Bersatu kita menuju paradigma yang baharu,
Satu tekad dan harapan menyahut cabaran dunia,
Pendidik berkualiti demi mencapai visi,
Dengan azam yang murni membentuk akhlak terpuji,
Guru mendidik insan dengan setulus hati,
Membimbing generasi masa depan,
Guru menjana transformasi pendidikan negara,
Menjayakan hasrat yang murni Satu Malaysia,
Pendidik berinovasi menghasilkan kreativiti,
Bersedia hadapi cabaran,
Arus tanpa sempadan,
Pendidik yang berkualiti,
Membentuk akhlak terpuji,
Mengimbangkan rohani,
Jati diri dan jasmani,
Guru mendidik insan dengan setulus hati,
Membimbing generasi masa depan,
Guru menjana transformasi pendidikan negara,
Menjayakan hasrat yang murni Satu Malaysia,
Satu Malaysia...Satu Malaysia!!! 

Link lain untuk dikongsi...

Video baru Lagu Tema 2011


Saturday, April 30, 2011

Mak Uda at Royal Wedding....


Mak Uda at Royal Wedding...'At home' aje...bunyinya macam pergi sana...Ha..ha...Tonton melalui Berita Langit...mengerikan aje kan...Channel 700HD, 'SKY NEWS'...memang 'clear' gambarnya, macam tengok betul-betul aje...

Seronok tengok perkahwinan diraja Britain yang 'simple' ni, Putera William dan Kate Middleton,  Kate yang hanya memakai sehelai gaun dari mula majlis sehinggalah meninggalkan Istana Buckingham, tak macam majlis perkahwinan di Malaysia...6 helai baju malam, 7 helai dipakai di waktu siang pulak(dengar dalam Radio Sinar semalam)...Adus, mana nak ada duit lepas majlis...

Thursday, April 28, 2011

Kagumnya....

Memang kagum betul tengok penjaga gol yang berbaju hijau ni, tak percaya?...Tengok, betapa hebat dia turun dan patah balik hingga ke pintu gol dia balik...Sapa kenal dia tolong bagitau Mak Uda ni...Muka penonton pun dah cuak bila tengok penjaga gol naik atas, suara pengacara apatah lagi...Kalau Mak Uda tengok sekali masa ni mau  tercabut jantung sekali...

Tuesday, April 26, 2011

USOPbook...

Mak Uda suka pulak entry dari Kisah 69 ni...USOPbook bakal mengganti Facebook lepas ni...Memang comel...

Saturday, April 23, 2011

Maharaja Lawak

Nabil


Mak Uda sekarang suka tengok Rancangan Maharaja Lawak...suka dengan lawak diorang...

Jozan


Jambu


Pecah perut punya...

Pergi tak kembali...23.04.2011...

Hari ni Mak Uda sedih lagi... 6 tahun dulu bekas anak murid Mak Uda ada meninggal kerana kemalangan jalan raya, hari ini berulang kembali... Yang sedihnya, Mak Uda baru berbual dan jumpa di pagi tadi di kedai runcit di Pekan Lubok China. Mukanya memang bersih dan berseri-seri. Mak Uda memang dah lama tak jumpa dia sebab dia dah belajar di sekolah menengah, Tingkatan 5. Dalam hati Mak Uda berkata, "Bersihnya muka budak ni, pakai pulak cermin mata bingkai putih..." seperti gambar di bawah...

Mak Uda :Menang tak masuk nasyid hari tu? (Arwah ni memang bekas penyanyi solo masa     dia sekolah rendah dulu dan sehingga tadi di sekolah menengah pulak, memang suara sedap)
Arwah: Tak taulah cikgu, 5/5 nanti baru tau. 
Mak Uda: Oooo..
Arwah: Tapi cikgu, saya masuk nasyid kebangsaan nanti, minggu depan untuk KEMAS..
Mak Uda: Bagus Naim, suara awak memang sedap...teruskan tau...(dalam hati, bersih benar muka budak ni) Nak pergi mana ni?
Arwah: Nak pegi sekolah cikgu ada kelas tambahan...


Tengah hari nak balik dari sekolah tadi, seorang kawan Mak Uda kata, "Arwah dah meninggal!!!..Mak Uda kata pada kawan Mak Uda ni, macam nak marah pun ye..."Akak ni biar betul, saya baru jumpa dia pagi tadi!!!" Kawan Mak Uda ni mengiyakan dengan bersungguh-sungguh, bila Mak Uda tengok jenazahnya di klinik sebelah sekolah dan ramai ahli keluarganya, luluh betul hati Mak Uda...Kawan yang membonceng motor dengannya masa tu sedang nazak dan dibawa ke Hospital Melaka.

Memang dia nak meninggalkan kenangan dia pada cikgu ni...Apa yang nak Mak Uda katakan, Hidup ni bukannya lama, memang terlalu singkat. Allah lebih mengetahuiNya...Semoga Arwah Hasrul Naim disemadikan dengan aman dan amal ibadahnya diterima oleh Allah..Al-Fatihah.

(Masa ni, Pak Uda pergi ke kubur, melihat arwah disemadikan..jam 6.20 petang)

Friday, April 22, 2011

Syahdunya...

Rasa syahdu mendengar Imam ini mengalunkan surah semasa mendirikan solat, walaupun selama hampir 10 minit membacakan surah tersebut, tapi dengan suara yang mendayu-dayu pasti tak akan terasa...sejuk rasa perut Mak Uda ni andai kata anak-anak dapat mengaji seperti ini...Sama-sama kita hayati dan kalau boleh buat begini...alahai...

Thursday, April 21, 2011

Kagumnya lah...

Terkedu jugak Mak Uda petang ni setelah sejak lama tak ber'blog', ada juga yang sudi yang buat 'link' Blog Mak Uda_Pak Uda ni ke blognya iaitu dalam blog 'aku dan HIDUP'...Apalah sangat blog Mak Uda_Pak Uda ni, dan Mak Uda dah tengok ada juga link dalam blog Norhayati Berahim (idola Mak Uda ni sejak remaja)..., Ibu Ayu(sudah semestinya)... terharu sebenarnya...Terima kasih banyak-banyak untuk yang sudi, Mak Uda dan Pak Uda  berblog sekadar berkongsi maklumat, pengalaman hidup dan perasaan Mak Uda dan Pak Uda.
Blog 'aku dan Hidup'


Blog Kak Norhayati Berahim

Bagi yang dah 'follow' Mak Uda terima kasih, mana yang belum sempat nanti Mak Uda terjah ye...

Kalau tercekik, tak terminum air ni...

Aduhai...cantik benar dan mahal sangat air ni. Mak Uda kalau tercekik tak sanggup nak minum...

Air Minum termahal didunia dihasilkan di Jepun dengan nama Fillico Beverly Hills.“Fillico Beverly Hills” adalah air minum dari mata air yang diproduksi oleh perusahaan dengan nama Vieluce di Osaka, Jepun. Sumber air yang digunakan adalah mata air yang berada di kaki gunung Rokko, Kobe, Jepun. Mata air ini sudah terkenal sebagai air terbaik untuk menghasilkan sake.
 
Sumber air ini pulak memang sangat terhad, maka setiap bulan hanya diproduksi 5.000 botol dan per 750 ml dapat anda beli dengan harga $100 per botol.Ternyata dalam setiap produk air minum ini, terdapat dua botol khas yang dijuluki “Raja dan Ratu” dengan tutup botol yang mirip dengan mahkota Kaisar Fredrick II dari Kekaisaran Romawi dan dihiasi dengan kristal Swarovski, tersedia bagi anda yang rela membayar $100 hanya untuk botol berisi air 750 ml.
 
 


Sunday, March 27, 2011

sarapan senyuman pagi...

If Couple


Value of Love


U The Loving


Inside Water


Bird Canary

Thursday, February 24, 2011

Sinar Fm...

Hari ini baru berkesempatan Mak Uda mengadap blog walaupun hari ini adalah hari yang sibuk, bila sibuk sempat pulakkan? Mak Uda masukkan entry yang pendek aje, nak promosi link Mak Uda yang baru kat tepi, ada link untuk Sinar Capsule... Klik aje kat situ nanti boleh dengar radio secara 'online'... Syok dengar celoteh diorang pagi-pagi yang memang mengarut tapi tak keluar tajuk, jadi pengubat jugak kadang-kadang bila tengah letih atau sedih... Selamat mendengar!!!






   

Monday, January 31, 2011

Lubok China Banjir!!!!

Hujan sejak hari Sabtu telah menyebabkan pekan Lubok China banjir, dah lama rasanya Lubok China tak banjir. Hujan seharian semalam dan baru berhenti pagi ni...Punyalah lama hujan. Seronok rasanya dah lama tak banjir. . Marilah datang tengok banjir...kaki pancing bila air dah surut nanti pasti ramai yang datang ke Lubok China.

Sesudah subuh, Mak Uda jadi reporter ambil gambar ni...

Rasanya memang hebat banjir kali ni...







Mak Uda sempat ambil gambar dari depan sekolah...

Salah seorang mangsa banjir yang lambat datang sebab banjir...ha..ha...mujur tak tenggelam.





   

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails