Pengenalan
- setiap orang berfikir, tidak perlu diajar seperti berjalan
- mengapa perlu belajar/mengajar berfikir ?
- tidak berfikir seperti mana yg sepatutnya
- tidak membuat keputusan yang baik dan selesaikan masalah
- Dalam Falsafah Pendidikan Negara :
- perkembangan daya intelek individu diberi penekanan bersama-sama dengan perkembangan rohani, emosi dan jasmani.
- memastikan kemahiran berfikir dikuasai oleh pelajar, maka objektif penguasaan kemahiran berfikir telah didokumentasikan dalam kurikulum sekolah
- Dalam KBSR :
- antara objektif- membolehkan pelajar menguasai KB, dan mengembangkan bakat serta kreativiti
- Dalam KBSM :
- mengembang dan meningkatkan daya intelek, serta pemikiran rasional, kritis dan kreatif.
- Dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan, beberapa perubahan dilaksanakan oleh KPM, antaranya Sekolah Bestari
- KB adalah elemen utama dalam kurikulum SB
- diajar merentasi kurikulum
- dengan harapan :
- kualiti pemikiran murid meningkat
- membuat keputusan dengan tepat
- menghasilkan idea yang bernas, pendapat yang jitu dan pandangan yg kritis dan kreatif
- dapat membeza baik dan buruk
- menghadapi cabaran terkini
" Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea dan ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami. "
Tujuan KBKK- mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak
- mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada dalam atau luar sekolah
- menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif
- mengatasi kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercalaru, kabur dan sempit
- meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka
- bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujjah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.
i. Berfikir secara terburu-buru
- beri masa untuk berfikir
ii.Fikiran yang sempit
- aktiviti perbahasan, perbincangan dan sumbangsaran
- latihan menggunakan penyusun grafik banding beza
iii. Fikiran yang kabur
- latih pelajar memperjelaskan sesuatu idea dalam bentuk penulisan
- latih membuat definisi dasarkan kategori dan ciri-ciri sesuatu objek/perkara
- membuat kerangka karangan
iv. Fikiran yang bercelaru
- Latih pelajar menyusun idea dengan lebih sistematik dalam lisan dan penulisan
- menyusun isi-isi penting untuk karangan
- carta aliran
- otak = organ yang terletak pada bahagian kepala yang mempunyai sistem-sistem tertentu
- minda = kualiti pemikiran yang dihasilkan oleh otak berkenaan
- otak ---> pisau , minda ---> ketajaman mata pisau
- pisau perlu sentiasa diasah agar penggunaannya berkesan
- hemesfera otak kiri (HOKI) ---> kritis
- hemesfera otak kanan (HOKA) ---> kreatif
- kedua-duanya perlu dikembangkan melalui rangsangan, bahan dan aktiviti berfikir dalam p & p.
- pelbagai jenis kemahiran berfikir
analitikal, logikal, kritikal, objektif, sistematik, pragmatik, positif, negatif, konstruktif, proaktif, projektif, kreatif, perspektif, lateral, emotif dsb.
- secara amnya KB dibahagikan kepada 2 domain utama:
- KB secara kritis
- KB secara kreatif
KB secara kritis = " kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah "
contoh KB kritis :
- banding beza
- membuat kategori
- teliti bahagian kecil dan keseluruhan
- membuat sekuens
- menerang sebab
- membuat ramalan
- usul periksa andaian
- membuat inferens
- mengesahkan sumber maklumat
KB secara kreatif = " kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan "
contoh KB kreatif :
- menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai
- mencipta analogi
- mencipta metafora
- kemahiran-kemahiran lain:
- kemahiran membuat keputusan
- kemahiran menyelesaikan masalah
- Bahan merupakan rangsangan yang digunakan untuk melatih /mewujudkan suasana berfikir dikalangan pelajar
- Bahan boleh berbentuk :
i. Prosa - cerita, cerpen, rencana, berita
ii. Puisi - pantun, syair, sajak, lirik lagu
iii. Grafik - gambar, rajah, graf, kartun
- Semua bahan tersebut boleh dibahagikan kepada 4 kategori:
i. Bahan seronok - menggalakkan pelajar menggunakan banyak daya imaginasi yang memerlukan pelajar membuat ramalan yang berbagai-bagai
" bagaimana jari anda ada 5 "
ii. Bahan asing - bahan yang berlaku tetapi di luar pengalaman remaja/pelajar. Bahan ini datang dari dunia orang dewasa.
" Bagaimana cara nak menyekat pemuda yang menunggang motor dengan laju "
iii. Bahan persekitaran - bahan datang dari dunia remaja yang mereka alami dan gemari.
" Kamu tahu kawan kamu mengambil makanan dari kantin tanpa membayarnya. Apa yang kamu akan lakukan ? "
iv. Bahan berat - Bahan yang mempunyai implikasi serius pada kehidupan remaja.
" Kamu ingin masuk kumpulan rock, tapi ibubapa kamu menentang. Apa yang patut kamu buat ? "
- Bahan ini hendaklah digunakan mengikut tujuan/objektif, isi pelajaran serta KB yang hendak diajar
- KBKK bukan satu mata pelajaran khusus ( Dr. De Bono merancang satu sukatan khas untuk KBKK )
- Ia diajar secara penyebatian
- Penyebatian = strategi pengajaran yang menyepadukan kemahiran berfikir ke dalam mata pelajaran yang diajar.
- 2 kaedah penyebatian :
i. Penyebatian sepenuhnya : KBKK disepadukan secara menyeluruh dalam setiap langkah pengajaran yang dikenalpasti. Terdapat 2 cara :
a) kenalpasti tajuk/isi pelajaran dan bahan seterusnya tentukan KBKK
b) kenalpasti KBKK dan tentukan isi pelajaran yang sesuai serta bahan
ii. Penyebatian separa : strategi pengajaran yang menyepadukan sebahagian daripada unsur KBKK dalam langkah-langkah pengajaran yang sesuai
- unsur KBKK hanya disepadukan dalam langkah-langkah tertentu sahaja mengikut keperluan dan kesesuian
- penyebatian separa biasanya setelah pelajar telah mengikut penyebatian sepenuhnya dalam pembelajaran yang lepas.
- Proses berfikir berlaku dalam dua tahap :
i. apabila minda membuat persepsi
ii. dengan persepsi, minda melakukan pemprosesan logikal
- mengajar berfikir juga beerti mengajar pelajar membuat persepsi, i.e menajam dan mendalamkan daya persepsi
- kemahiran berfikir berbeza dengan kemahiran membuat
- KB hanya melibatkan pen dan kertas sahaja, walaupun dalam kemahiran reka cipta
- apa yang penting ialah proses berfikir untuk mengeluarkan sesuatu idea, yang kemudiannya diwakilkan dalam bentuk lukisan
- reka cipta :
- konkrit - teknikal spt membina sesuatu model
- abstrak - spt merancang/merangka strategi, taktik
- cekal melaksanakan tugas
- mendengar secara aktif/pendengar yang baik
- bekerjasama dengan orang lain
- jujur dan terbuka ( menerima pandangan orang lain )
- peka dengan fikiran sendiri serta dapat menjelaskan langkah-langkah dan sekuen yang digunakan
- mahir dalam menyoal
- dapat mengubahsuai konsep dan kemahiran dalam pelbagai situasi yang berlainan
- sifat ingin tahu dan inisiatif yang tinggi
- kesediaan mengambil risiko dan cabaran
http://mujahid.tripod.com/kbkk.html
No comments:
Post a Comment