Hari ni Mak uda nak link kan satu website yang pasti best.. Deco bersama Eric..
Mak Uda tahu, Nurul Hayati kawan Mak Uda tu mesti teruja punya.. Dia suka English style..Kalau ada duit suruhlah Eric make over rumah korang untuk raya ni..berapa nak bayor? Tanya lah sendiri dengan Eric ye.. Mak Uda punya rumah dapat cat untuk feature wall warna merah pun dah seronok sangat, bila Pak Uda tambah pulak lampu yang ada stand tu lagilah anak-anak Mak Uda syok.. Nantilah...
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara kita tidak lama lagi, Mak Uda dengan Pak Uda nak uploadkan lagu-lagu tema yang lepas-lepas, semoga semuanya mendapat manfaat bersama.
Malaysiaku gemilang
Marilah kita semua Atas nama negara bangsa Dengan Tekad mulia Maju berwawasan Mencipta keagungan
Berpadulah kita semua Di dalam satu suara Dengan degupan Merdeka Menjulang budaya bangsa Untuk Malaysia tercinta
Malaysiaku gemilang Merdekanya terbilang Berdaulat dan makmur Berjaya kami syukur
Malaysia, kebebasan kedamaian Malaysia, kebahagiaan kebanggaan Malaysia, cemerlang terbilang Malaysiaku gagah gemilang
Perpaduan Teras Kejayaan
Kini Semangat Jalan Seiring Satu Amanah Kerjasama Jadi Teras Bangsa Mulia Sehati Sejiwa
Bangun Membantu Agar Sepakat Moga Terserlah Perpaduan Agar Teguh Dipersada Dalam Hidup Harmoni
Sirami Rasa Kasih Sayang Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni Nurani Ikhlas Dihati Murni Menjadi Kekuatan Kita
Sempena nak menyambut hari kemerdekaan yang ke-52, Mak uda nak bagi lirik lagu 1 Malaysia. Mak Uda ni memang suka kalau ada lagu-lagu patriotik baru,lagi-lagi kalau Roy yang nyanyi..naik semangat... promosilah pada anak-anak murid.
Liriklagu 1 Malaysia.
Berdiri teguh di bumi, Nyata pupuk semangat satu Malaysia, Sepakat rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan.
Perpaduan mendapat rahmat, Toleransi kaum amalan bersama, Kejayaan kita bangunkan, Satu Malaysia.
Dalam capai satu tujuan, Tanggungjawab kita semua, Jadi teras bangsa mulia, Kita bina..Satu Malaysia..
Satu Malaysia jadi pegangan, Rukun Negara teras panduan, Satu Malaysia benteng negara, Rakyat Malaysia taat setia... (ulang 4 kali )
Satu Malaysia..untuk semua.
Pencipta Lagu : Nik Nizam & Errie Naham Lirik : Lokman Ghani Penyanyi : Roy.
Semoga Allah melindungi negara kita ni dari sebarang kekacauan dan malapetaka. Mak Uda & Pak Uda sayangkan Malaysia ni...
Sempena bulan Ramadhan yang hampir tiba ni, Mak Uda nak kongsi bersama-sama dengan semua Al-Quran Interaktif. Semoga kita mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah. Klik saja pada Al-quran di bawah, kalau tak boleh kat tepi pun ada.
Untuk mendapatkan tafsir dan cara bacaannya boleh lah pegi ke link ini pulak.. Quran Explorer. Semoga kita mendapat manfaatnya bersama-sama.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang dirumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkanpada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akansukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnyamenjawab salam malaikat itu.
Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlassewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusukdi dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan paramalaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqimlalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab.Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untukmengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali(yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juskitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kaliqatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Pahala Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihatArasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi kesatu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat Padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiapsatu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang manakesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membacasurah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membacasurah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya,sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.....s,Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.
Nota
Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimanasabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'.Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu,hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan(3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Mak Uda tengoklah video budak-budak ni.. Mula-mula tu tak nak tulis pun, tapi tergerak pulak hati nak meng'upload' video ni.. Apa nak jadi dengan diorang sekarang ni kan? Mak Uda jadi cikgu ni dah jadi semakin takut pulak dengan perangai ganas diorang ni. Mak Uda sekolah dulu ada jugak kawan-kawan yang nakal-nakal, langgar peraturan sekolah..tapi Mak Uda kawan dengan diorang ni jugak, tapi tak adalah sampai terikut-ikut keganasan, ketidak sopanan dan sampai melanggar disiplin sekolah. Kita sekadar kawan-kawan aje..
Kalau sampai tahap macam ni, ini sudah melampau.. Apalah nak jadi, komen sikit.. lepas ni Mak Uda nak padam isu ni, menyampah pulak.. Mak Uda kalau dapat budak-budak ni, Mak Uda kawinkan dia..baru dia tau macamana..ingat nak bercinta je ke..Yang kat tepi tu dah tentu kena jugak, tengok aje..bukan nak menyelamatkan..
Kadang-kadang manusia selalu mendabik dada mengatakan diri mereka hebat.. Hari ni Mak Uda dapat email dari seorang kawan, Miza.. terkejut tengok video ni. Manusia kadang-kadang tidak mahu kalah dan muhasabah diri mereka, tapi bila lihat air yang selalunya kita nampak lesu, lemah tapi bila ia nak memusnahkan sekejap je kan.. ranaplah kehebatan manusia ni tadi. sama-samalah kita tengok dalam diri kita ni..
Ok..alkisahnya..hebohlah satu kampung..Pak Pandir mendapat tiket kapal terbang untuk menjadi tetamu Krill, SY dan KE dlm Sinar Pagi.. , walaupun hanya kelas ekonomi..tapi bagi Pak Pandir..itu sudah cukup menggembirakanya..
Dipendekkan cerita..hari dijanji telah tiba..Pak Pandir pun sudah menunggu seawal subuh di lapangan terbang..kapal terbang sampai..PakPandir pun naiklah..masuk je kapal terbang.. Pak Pandir terus ambik tempat.
Sebelum kapal terbang berlepas..pramugari pun memeriksa penumpang supaya semua duduk ditempat masing masing dan bersedia untuk berlepas..
Sekali pramugari nampak pak pandir duduk kat kerusi bisnes klass.. setahu dia.. tak ada penumpang bisnes klass hari tu.. dengan budi bahasa pramugari tu tegur."Pak cik, pakcik tak boleh duduk kat sini.. boleh pak cik pindah duduk dibelakang..."Eh.. bagus sungguh orang kapal terbang nii pramugari.. takpalah nak..pak cik selesa dah kat sini.."
*Mana tak selesanya.. bisnes klass..mati akal pramugari tu.. semua pramugari dan pramugara (kecuali yang terlampau) datang silih ganti..sakit kepala..
Pilot yang menunggu lama nak berlepas..bengong kenapa masih belum ada isyarat kata ok dari ketua pramugari..dia pun keluar tengok..
Pramugari sorang tu cerita..pilot tu pun pi lah kat Pak Pandir."Pak cik.. boleh tengok tiket?" Pak Pandir bagilah tiket..
"Oo.. pak cik nak pi KL yer pak cik?"
"Ya nak... "
"Taapi pak cik.. kerusi depan nii pi Johor Bahru pakcik.., kerusi belakang baru pi KL!"
Pernah dengar seloka? Kat sini Mak Uda nak kongsi dengan sesiapa yang sudi dan mahu mengumpul koleksi puisi-puisi lama. Pasti ada yang mencari cara membaca dan melagukan seloka ini. Harap sama-sama kita manfaatkannya. Mak Uda tengah mencari bagaimana uploadkan seloka ini lagi mudah, setakat ini dulu yang mampu ye..
Mak Uda harap tuan punya suara dan seloka ini menghalalkan hasil puisinya,MAk Uda tak tahu bagaimana nak menghubunginya. Hanya Allah yang mampu membalasnya..
Hari ni genaplah 100 hari, Datuk Seri Najib Tun Razak memerintah Malaysia sebagai Perdana Menteri. Bukan tu aje, hari ni jugak genap Pak Uda sambut birthday yang ke-37. Selamat Hari Lahir, semoga ceria selalu, hadiah claim lagi 3 tahun...lamanya, biar lambat asalkan dapat..Yang bawah ni bukan adik-beradik dengan Datuk Seri ye..
Hari Khamis, 10 Julai Pak Uda ikut lawatan sekolah ke Kuala Lumpur. Pak Uda pergi lagi Petrosains dengan Pusat Sains. Tengoklah betapa terujanya Pak Uda dapat buat aktiviti kat sana. Masa Pak Uda kat sana Kuala Lumpur hujan lebat, Lubok China macam tulah jugak, panas berdenting..'Lapang' dah kepala Pak Uda, ingat Nasa cakap, orang yang kepalanya lapang tengah macam Pak Uda tu... orang yang pandai, orang macam kepala Ayah Nas orang yang berfikir... kalau dua-dua digabungkan (lapang dari depan sampai belakang) apa ye... Nasa kata.."Orang macam tu, orang yang fikir dia pandai.." Mak Uda tak dapatlah ikut, ni rombongan sekolah Pak Uda, dapat sponsor satu sekolah. Bilalah sekolah Mak Uda dapat sponsor macam ni..seronok rasanya, cikgu-cikgu je pergi pun tak apa..
Macamana diorang boleh buat macam ni, hebatnya pemikiran manusia ye?Tu kaki Pak Uda ....tengah buat eksperimen.
Keputusan KDP 14 Minggu PraSMP dah keluar.. tahniah kawan-kawan. Mak Uda suka tu bukan apa, boleh guna lagi otak Mak Uda ni untuk belajar rupanya.. Cayalah, suka betul.. Terima kasih kepada semua yang bagi sokongan, dah lama tak belajar ingat ke dah berkarat. Yang paling kelakar BI dapat A, tak sangka..Punyalah teruk dan susah nak dapat..nak menghafal masa pekse tak payah cakap lah..
Ni gambar masa dalam dewan pekse...
Macam bodoh-bodoh je masa menjawab. Tahniah Ibu Ayu, Kak Ekin, Kak Ziana (super power pompuan ni), Chan, Kak Aida, Nasa, Zam, Amin, Fauzi, Isha dan semua kawan-kawan Unit 1..
Terima kasih Pak Uda yang selalu bagi sokongan untuk belajar.. Walaupun kena kutuk, semangat tu semakin kental, paling suka ...English aku 'A'!!!Terima kasih untuk korang semua terutamanya mak dan anak-anak yang bagi sokongan..perjuangan belum selesai! Jauh lagi perjalanan kita.
Mak Uda nak promosi kedai gunting kakak ipar Mak Uda, Mama Long. Nama kedai dia Khaty Unisex Saloon, terletak di Pekan Masjid Tanah. Senang nak cari dekat dengan perhentian bas Masjid Tanah. Dulu kedai Mama Long ni pernah masuk drama, glamer tu..
Anak Mak Uda, kalau si Haziq pegi kedai Mama Long je nak buat rambut pacak, hari tu dah kena kontot kan rambut dia, tak dapat dia buat rambut pacak.. yang atas tu gambar sebelum, gambar selepas lum ambil lagi...hensem pulak Haziq bila dah kontot rambut..tgu esok ye..
Untuk hari ketiganya, adik2 Mak Uda ni berarak lagi..hari semalamnya, Mak Uda tak pegi Kali ni Mak Uda anak-beranak ada menyibuk sekali. Sampai je rumah si Helmizal, pengantin baru sampai, apa lagi kitorang yang terlebih2 pulak excited.. Mak Uda bawak hadiah..apa tu? Benda yang berguna bila elektrik tak ade..he..he..lesung batu! Pecah rahsia sendiri...tapi tak kisah nak kata apa pun, janji cara membalutnya kreatif, macam mahal! Ha..ha...
Seronoknya, lama tak menyibuk macam ni...
Suka eee.... rantai kat leher tu larat ke nak pakai lama-lama...
Pelamain anganku menjadi... tak sempat nak tengok adik Mak Uda bersanding, tahu pasal apa? Sebab sakit jantung Mak Uda masa makan tu dengar kompang Cikgu Mat, memang best, lama, lagu pun lagu baru tapi telinga kena tahan sikit...bak kata orang macam tuannya...
Adik2 Mak Uda ni dah selamatlah tadi menikah, 03 JULAI 2009. Selamat Pengantin Baru Helmizal dan Juliana, Mak Uda dengan Pak Uda ucapkan 'selamat' untuk diorang berdua ni. Berahsia betul adik-adik Mak Uda ni, sampaikan dah tinggal 2 minggu.. orang kat sekolah semuanya tak tahu, yang pecahkan rahsia tu Mak Udalah, sapa lagi.Buka je sekolah hari tu, Mak uda yang pukul canang, kesian diorang tapi itulah saat paling gembira sebenarnya.. Gamatlah sekolah.. Esok kenduri besar di rumah Ju, malam ni pun ada, tapi Mak Uda dah letih. Hari Ahad rumah Helmi baru pegi. Nanti Mak Uda upload gambar lagi. Berdebar2 adik Mak Uda tapi yang tersengih tu memang muka dia je penuh dalam kamera Mak Uda ni..Kak Yati, tokeh Zhulian dengan karipap frozen. Helmi ni kreatif, bini dia pun sama, tengoklah hantarannya.. Nak tempah pun boleh bincang kot, nanti Mak Uda tanyakan. Semoga ceria, gembira dan sihat selalu. Biarlah bahagia hingga ke akhir hayat. Tak bergaduh tak best pulakkan, sikit-sikit dah le.. sebenarnya lepas tu Mak uda pun dapat cerita sedih pulak..
Transformers 2..Revenge of the Fallen punya penangan, Mak uda dengan Pak Uda dah merancang lama, buat rombongan pegi tengok kat TGV, Jusco, Seremban 2. Tangan dah kontot mendail nak membooking, akhirnya 13 orang pegi, bawa segala anak2 dengan anak sedara. Bukan anak-anak Ben 10 lagi, tapi anak bapak Tansformers pun ada, mak2 jagi blogger je sekarang ni.. Mak andak pun sekali..
Wah, teruja! Tak leh nak cakap seronoknya. Biarlah orang cakap kekurangannya, tapi tetap best. Balik Pak Uda beli DVD pulak, sambung kat rumah, tapi Mak Uda macam biasa nak habis je, Optimus Prime tengok Mak Uda lelap pulak..
Cuti semester lepas, lepas mak buat kenduri, Mau Uda dengan Mak Andak je yang bercadang nak pi mandi sungai, tapi akhirnya 8 buah kereta yang pegi.. mak aii..macam pegi mengantar orang kawin.. Apalagi, Mak uda macam biasa jadi Quater Master Makanan, membeli dan menyiapkan makanan. Sebelum pegi memang seronok, teruja sungguh si Ayu sebab lama dah dia tak pegi. Sampai je, ciri2 nak hujan tu ada, samapi saja hujan pun turunlah, apo laeii, mandi dan kesejukan lah..makanan dah siap dah tentu habis.. sayangnya air sungai keruhlah pulak, selalunya jernih betul.. Lubok Talan, Kg. Batu, Rembau. Mak uda dalam kalut2 terlupa bawak kuali, nasib baik Kak Chik ada bawa periuk gergasi..bolehlah masak.. sapa tukangnya..Mak Udalah jugak.. Pak Uda pulak dah menggigil kesejukan, kesian.. duduk tepi je jaga anak.
Mak Uda bila tengok video anak-anak masa kecil ni mula lah.. tak pelah just untuk tontonan semua.. Ni masa anak Mak Uda yang ketiga baru pandai jalan, Haziq, dia ni lambat sikit, setahun 4 bulan baru nak pandai, sepupunya yang lagi muda dah jalan, mulut pun tak ada. Tapi sekarang ni tak boleh nak cakap, mulut dia kalau tak suruh berhenti.. adui.. terjaga dari tidur pun boleh mengeja lepas tu lelap balik..
Gambar ni sekeping je Mak Uda boleh ambil masa jamuan hari tu di Hotel City Bayview, Melaka. Tah apa sebab tak teruja pun tak tahu. Tengok Ibu Ayu punya blog banyak gambar jealouslah pulak. Betul-betul tak teruja nak mengambilnya masa tu.
Anyway, kengkawan, Mak Uda suka belajar dengan korang, pengalaman tu tak akan berulang lagi. Semoga kita gembira selalu dan dapat sambung belajar bersama-sama.
Hai.. Selamat naik penggal baru kepada semua.. Mak Uda dengan Pak Uda dah naik sekolah semula. Mak Uda baru habis kursus kan, riuh balik sekolah tu.. Kawan Mak Uda, Cikgu Bibah kata, siaran radio sekolah makin 'clear' bila Mak Uda ada.
Seronok rasanya, teringat jugak kawan-kawan Maktab, nampak muka si Amin kat sekolah tu, teringat mengekor diorang pegi makan kat luar Maktab.. Pagi Isnin tu lenguh tangan Mak Uda melayan SMS diorang. Apa-apa yang baru lepas ni, semua yang Mak Uda buat masa cuti hari tu.. Mak Uda dengan Pak Uda macam biasalah penunggu setia rumah mak ni, lagi-lagi mak demam.. sian, terbaring seminggu lebih.. Mak Uda jadi suri rumah, pagi, petang, siang, malam... tak ada lain, kejenya masak je..