Monday, December 28, 2009

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2010

Bagi awal-awal supaya senang buat perancangan belanjawan keluarga tahun depan...

Friday, December 25, 2009

Meh cakap jepun..


Dah beberapa hari dengar Sinar.fm.. lagu jepun sebelah tu..geram je asyik terlepas nak dengar tajuknya..hari Selasa hari tu dapat dengar Kak Abby Fana kita sebut nama penyanyi, puas menghafal nama balik dari Melaka masa hari tu.. apa lagi..cari la, yang geramnya line internet macam 'hampeh' dan You Tube pun punyalah slow sekarang ni.. Meh dengar lagu ni, masa kecik2 dulu rasanya Mama Chengkau ada kaset ni..seronok rasanya dah dapat download..nak lirik pun buleh..

Ribaibaru_Mayumi Itsuwa

Furishikiru ameno naka wo
Ashibayani toorisugita
Natsuno hino
Ina zumano yooni
Hakanaku kieta futarino ko
Ah……. Arehodo hageshiku moeta
Kokoroga imawa hai irono ribaibaru
Ah….. kurikaesu dakeno omoidewa
Yomigaeranu
kakono monogatari
Yukizurino hitonaraba
wasuraremo surukeredo
Namidagumu rasuto shin dewa
Ai no fukasa ni kizuiteita
Ah…… arehodo yasashikatta anatano
Omokagega..
Imawa aozameta ribaibaru
Ah……. Kurikaesu dakeno omoidewa
Asu wo shiranu
Kakono monogatari
Ah……. Arehodo hageshiku moeta
kokoroga imawa
Hai irono ribaibaru
Ah……. Kurikaesu dakeno omoidewa

Rasa macam nak 'terbang-terbang' dengar lagu ni..

Monday, December 21, 2009

Boringnya...

Alahai..tak pernah rasa boring bila pergi berjalan ke Melaka, tah apa kena pergi Melaka ter'sentut' hari ni gara-gara sampai kat Rumbia nak ke Melaka baca papan tanda "Jusco akan dibuka".. bukan ke dah bukak..ni mesti pasal kes Jusco Melaka yang mengalami letupan gas hari tu..sampai je kat sana betul seperti dijangka tak bukak lagi...tension je, apa lagi,untuk mengubat hati yang lara bawa budak2 ni ke Jusco lama..
Boring tahap kelapan..tengok Santa buat demonstrasi belon...sodih...

Wednesday, December 16, 2009

1 Muharram 1431H

Syukur alhamdulillah,kita telah melalui tahun 1430H tanpa disedari oleh kita perjalanannya dan akan bertemu pula Tahun 1431Hijrah pada hari Jumaat ini. Sesungguhnya sungguh besar makna hari Jumaat pada tahun ini, Hari Raya Haji juga jatuh pada hari Jumaat yang mulia. Agak-agaknya apa yang dah kita buat tahun ni? Banyak kebaikan atau keburukan? Mak Uda pun tak tau, rasa macam letih sangatdan terasa sekejap sahaja masa berlalu, bumi tetap berputar, kita kalau tak berubah dan tetap melakukan perkara yang sama, semuanya adalah sia-sia belaka..

MUHARAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

MUHARAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Doa Akhir Tahun :

Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Berikut adalah Doa Akhir Tahun:

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...

Waktu membacanya:
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini allahakan engampunkan dosanya setahun."

Doa Awal Tahun :

Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...

Waktu membacanya:
Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkaa syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."

Peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Islam yang berlaku pada bulan Muharram:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.
Amalan-amalan sunat pada bulan Muharam:
  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

  14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Friday, December 11, 2009

Cuti-cuti..

Dah habis exam ni, boleh masuk entry baru.. Apa nak buat, masa dulu rasa cuti sekolah hujung tahun macam ni lama rasanya, tapi sekarang rasa singkat sangat dan terlalu cepat masa berlalu. Pejam celik, pejam celik dah tinggal 21 hari lagi nak masuk Tahun 2010 dan 8 hari lagi sambutan Awal Muharram Tahun 1431H..Subhanallah, sekejap saje rasanya hidup ni..

Apa aktiviti nak buat lagi.. Minggu depan dah sibuk nak pegi sekolah nak buat persiapan untuk tahun depan.. Esok nak pergi berjalan ke KL, Mak Uda dan Pak Uda nak lapang-lapangkan mata dan pandangan, asyik Melaka, Seremban.. Kalau difikir-fikirkan, seharusnya kita bersyukur.. Mak Uda bersyukur banyak-banyak, dapat jugak jalan-jalan makan angin, tukar angin..Orang yang susah, tak ada kereta, pendapatan kecil, kerja sendiri..tak ada kerja tak ada gaji..jauh lebih baik kehidupan Mak uda daripada diorang, kan?
Busu aku
Kalau diingat masa kecil dulu, nak berjalan macam ni tak adelah..balik kampung kat Parit Amat je.., kalau tak naik bas MCW, naik keta busu Mak Udalah, itulah yang dapat naik keta dia sekali-sekala..sekarang ni naik keta hari-hari pun tak bersyukur jugak tak tahulah..
Kampung Parit Amat, Jalan Temenggung Ahmad,Muar.
Adakah kita ni orang yang bertuah? Adakah orang yang tak dapat bercuti ke mana-mana tu bukan orang yang bertuah? Bersyukurlah..Besar rahmat Allah beri kepada kita..Manusia, manalah pernah puas..bersyukur..bersyukur..dapat duduk rumah cuti ni pun tak pe, orang keje office, manalah dapat cuti macam Mak Uda ni..

Monday, December 7, 2009

KBKK...

Apa itu KBKK? Tension nak cari apa maklumat tentang KBKK... yang nak nota tu bolehlah copy dari sini, kalau tak betul bagi tau ye..

Pengenalan

- setiap orang berfikir, tidak perlu diajar seperti berjalan

- mengapa perlu belajar/mengajar berfikir ?

    • tidak berfikir seperti mana yg sepatutnya
    • tidak membuat keputusan yang baik dan selesaikan masalah

- Dalam Falsafah Pendidikan Negara :

    • perkembangan daya intelek individu diberi penekanan bersama-sama dengan perkembangan rohani, emosi dan jasmani.

- memastikan kemahiran berfikir dikuasai oleh pelajar, maka objektif penguasaan kemahiran berfikir telah didokumentasikan dalam kurikulum sekolah

- Dalam KBSR :

    • antara objektif- membolehkan pelajar menguasai KB, dan mengembangkan bakat serta kreativiti

- Dalam KBSM :

    • mengembang dan meningkatkan daya intelek, serta pemikiran rasional, kritis dan kreatif.

- Dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan, beberapa perubahan dilaksanakan oleh KPM, antaranya Sekolah Bestari

- KB adalah elemen utama dalam kurikulum SB

- diajar merentasi kurikulum

- dengan harapan :

  • kualiti pemikiran murid meningkat
  • membuat keputusan dengan tepat
  • menghasilkan idea yang bernas, pendapat yang jitu dan pandangan yg kritis dan kreatif
  • dapat membeza baik dan buruk
  • menghadapi cabaran terkini
Definisi Pemikiran

" Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea dan ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami. "

Tujuan KBKK
  • mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak
  • mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada dalam atau luar sekolah
  • menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif
  • mengatasi kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercalaru, kabur dan sempit
  • meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka
  • bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujjah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.
Kesilapan Dalam Berfikir

i. Berfikir secara terburu-buru

    • beri masa untuk berfikir

ii.Fikiran yang sempit

    • aktiviti perbahasan, perbincangan dan sumbangsaran
    • latihan menggunakan penyusun grafik banding beza

iii. Fikiran yang kabur

    • latih pelajar memperjelaskan sesuatu idea dalam bentuk penulisan
    • latih membuat definisi dasarkan kategori dan ciri-ciri sesuatu objek/perkara
    • membuat kerangka karangan

iv. Fikiran yang bercelaru

    • Latih pelajar menyusun idea dengan lebih sistematik dalam lisan dan penulisan
    • menyusun isi-isi penting untuk karangan
    • carta aliran
Perbezaan Antara Otak Dan Minda

  • otak = organ yang terletak pada bahagian kepala yang mempunyai sistem-sistem tertentu
  • minda = kualiti pemikiran yang dihasilkan oleh otak berkenaan
  • otak ---> pisau , minda ---> ketajaman mata pisau
  • pisau perlu sentiasa diasah agar penggunaannya berkesan
  • hemesfera otak kiri (HOKI) ---> kritis
  • hemesfera otak kanan (HOKA) ---> kreatif
  • kedua-duanya perlu dikembangkan melalui rangsangan, bahan dan aktiviti berfikir dalam p & p.
Jenis Kemahiran Berfikir

- pelbagai jenis kemahiran berfikir

analitikal, logikal, kritikal, objektif, sistematik, pragmatik, positif, negatif, konstruktif, proaktif, projektif, kreatif, perspektif, lateral, emotif dsb.

- secara amnya KB dibahagikan kepada 2 domain utama:

    • KB secara kritis
    • KB secara kreatif

KB secara kritis = " kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah "

contoh KB kritis :

    • banding beza
    • membuat kategori
    • teliti bahagian kecil dan keseluruhan
    • membuat sekuens
    • menerang sebab
    • membuat ramalan
    • usul periksa andaian
    • membuat inferens
    • mengesahkan sumber maklumat

KB secara kreatif = " kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan "

contoh KB kreatif :

    • menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai
    • mencipta analogi
    • mencipta metafora

- kemahiran-kemahiran lain:

    • kemahiran membuat keputusan
    • kemahiran menyelesaikan masalah
Jenis Bahan Yang Digunakan

- Bahan merupakan rangsangan yang digunakan untuk melatih /mewujudkan suasana berfikir dikalangan pelajar

- Bahan boleh berbentuk :

i. Prosa - cerita, cerpen, rencana, berita

ii. Puisi - pantun, syair, sajak, lirik lagu

iii. Grafik - gambar, rajah, graf, kartun

- Semua bahan tersebut boleh dibahagikan kepada 4 kategori:

i. Bahan seronok - menggalakkan pelajar menggunakan banyak daya imaginasi yang memerlukan pelajar membuat ramalan yang berbagai-bagai

" bagaimana jari anda ada 5 "

ii. Bahan asing - bahan yang berlaku tetapi di luar pengalaman remaja/pelajar. Bahan ini datang dari dunia orang dewasa.

" Bagaimana cara nak menyekat pemuda yang menunggang motor dengan laju "

iii. Bahan persekitaran - bahan datang dari dunia remaja yang mereka alami dan gemari.

" Kamu tahu kawan kamu mengambil makanan dari kantin tanpa membayarnya. Apa yang kamu akan lakukan ? "

iv. Bahan berat - Bahan yang mempunyai implikasi serius pada kehidupan remaja.

" Kamu ingin masuk kumpulan rock, tapi ibubapa kamu menentang. Apa yang patut kamu buat ? "

- Bahan ini hendaklah digunakan mengikut tujuan/objektif, isi pelajaran serta KB yang hendak diajar

Bagaimana KBKK Diajar

- KBKK bukan satu mata pelajaran khusus ( Dr. De Bono merancang satu sukatan khas untuk KBKK )

- Ia diajar secara penyebatian

- Penyebatian = strategi pengajaran yang menyepadukan kemahiran berfikir ke dalam mata pelajaran yang diajar.

- 2 kaedah penyebatian :

i. Penyebatian sepenuhnya : KBKK disepadukan secara menyeluruh dalam setiap langkah pengajaran yang dikenalpasti. Terdapat 2 cara :

a) kenalpasti tajuk/isi pelajaran dan bahan seterusnya tentukan KBKK

b) kenalpasti KBKK dan tentukan isi pelajaran yang sesuai serta bahan

ii. Penyebatian separa : strategi pengajaran yang menyepadukan sebahagian daripada unsur KBKK dalam langkah-langkah pengajaran yang sesuai

- unsur KBKK hanya disepadukan dalam langkah-langkah tertentu sahaja mengikut keperluan dan kesesuian

- penyebatian separa biasanya setelah pelajar telah mengikut penyebatian sepenuhnya dalam pembelajaran yang lepas.

- Proses berfikir berlaku dalam dua tahap :

i. apabila minda membuat persepsi

ii. dengan persepsi, minda melakukan pemprosesan logikal

- mengajar berfikir juga beerti mengajar pelajar membuat persepsi, i.e menajam dan mendalamkan daya persepsi

- kemahiran berfikir berbeza dengan kemahiran membuat

- KB hanya melibatkan pen dan kertas sahaja, walaupun dalam kemahiran reka cipta

- apa yang penting ialah proses berfikir untuk mengeluarkan sesuatu idea, yang kemudiannya diwakilkan dalam bentuk lukisan

- reka cipta :

- konkrit - teknikal spt membina sesuatu model

- abstrak - spt merancang/merangka strategi, taktik

Ciri-Ciri Pemikir Yang Bijak/Baik

  • cekal melaksanakan tugas
  • mendengar secara aktif/pendengar yang baik
  • bekerjasama dengan orang lain
  • jujur dan terbuka ( menerima pandangan orang lain )
  • peka dengan fikiran sendiri serta dapat menjelaskan langkah-langkah dan sekuen yang digunakan
  • mahir dalam menyoal
  • dapat mengubahsuai konsep dan kemahiran dalam pelbagai situasi yang berlainan
  • sifat ingin tahu dan inisiatif yang tinggi
  • kesediaan mengambil risiko dan cabaran
Rujukan : Tengku Zawawi Bin Tengku Zainal, MPKTBR
http://mujahid.tripod.com/kbkk.html

Sunday, December 6, 2009

Happy Birthday..

Happy Birthday Cake animated glitter graphic, picture, image for Myspace comments, Orkut, Friendster, Hi5.

Alahai...ramainya yang sambut birthday hujung tahun ni.. Yang utamanya anak kecik Mak Uda, Muhd.Amrin Haziq 14 Disember ni.. alahai anak angkat Mak Uda pun sambut birthday.. Fauzan, Happy Birthday..

Buat Mama Chengkau, 2 hari lagi nak sambut birthday 7hb, Laila Jasmin 9hb dan si tembam Mak Uda 16hb.. meh, nyanyi lagu birthday untuk diorang ni.. Makanla kek Mak Uda 'copy'ni..


Mak uda dan Pak Uda ucapkan selamat berbahagia selalu, sihat dan dimurahkan rezeki. Amin...

Saturday, November 21, 2009

Ben 10 sudah mari..

Wah! Teruja betul tengok Ben 10 orang ni, selalunya kartun.. Mak Uda suka jugak Ben 10 ni, meh kita tengok sama-sama nanti 28 November 2009, Channel 616, Cartoon Network di Astro. Tengok le Ben 10 Alien Swarm New Trailer..


Kalau nak ikut siri nya boleh ikuti kat link ni.. yang lain belum ada...

Ben 10 Alien Swarm Part 1

Thursday, November 5, 2009

Haziq dah boleh baca..



Alhamdulillah.. berjaya si Haziq anak bongsu Mak Uda dan Pak Uda ni membaca walaupun umurnya belum pun genap 5 tahun, dia lahir 14 Disember.. kalau diikut-ikutkan Haziq ni masa kecil dulu anak yang paling lambat jalan dan tak bercakap-cakap satu butir perkataan pun. Syukur, Allah izinkan dia dapat membaca lebih awal, kalau nak diikutkan, masa Mak Uda belajar hari tu dan tak ada kat sekolah, memang dia bawa diri sendiri je dan duduk belajar dengan ayahnya..

Hari tu, Minggu Membaca 1 Malaysia, dia telah menunjukkan kebolehan dia membaca masa perhimpunan dan sekarang ni dah gian pulak nak baca kat depan, nak hadiah lagi..

Saturday, October 31, 2009

Program Khidmat Bantu PKG Masjid Tanah 2009

Selama seminggu hari tu iaitu 14 hingga 17 Julai 2009, sekolah Mak Uda telah didatangai sekumpulan guru-guru GPM Kawasan Masjid Tanah datang mengadakan program kat atas tu. Terima kasihlah kat kawan Mak Uda, saudara Norizam Majid, Penyelaras PKG Masjid Tanah.. yang dah uploadkan situasi sebelum dan selepas mereka bertungkus-lumus menyiapkan Perpustakaan sekolah Mak Uda.

Friday, October 30, 2009

Panggilan haji..

Sampailah masanya, jemaah-jemaah haji kita berangkat menunaikan haji ke Mekah. Mak Uda ucapkan selamat jalan kepada kawan-kawan Mak Uda dan Pak Uda iaitu Cikgu Asmah dan suami, Cikgu Ibrahim dan isteri, Kak Salina serta warga sekolah Mak Uda yang pergi buat kali keduanya iaitu Kak Sallabiah dan suami, Cikgu Malek.

Semoga mereka selamat pergi dan balik serta mendapat haji yang mabrur..

Mak Uda uploadkan lirik lagu 'Panggilan Haji' yang memang digemari sejak kecik lagi..bila lah agaknya Mak Uda dapat seru ye.

Panggilan Haji
Panggilan Haji telah tiba lagi,
Menunaikan ibadah panggilan Baitullah,
Tanah suci Makkah,
Ya Makkah Al-Mukarramah.

Malam subuh dan senja..pergi ke Baitullah
Sembahyang berjamaah, tawaf, saei dan umrah..

Terdengar suara.. panggilan bergema..

Tiba masanya kini..Wukuf Haji Arafah,
Terdengar sayup sampai..tasbih, tahmid dan takbir..

Putih, bersih, berseri..bakti pada Ilahi,
Terbayang lah di sini..tempat berhimpun nanti..
Tempat berhimpun nanti..

Dari Padang Arafah lalu ke Muzdaliffah,
Bermalam di Mina melontar tiga Jumrah,
Syarat rukun haji sempurnalah sudah,
Semogalah ibadah haji mabrurrah...

Masjid di Nabawi terletak Makam Rasul,
Taman Raudhah tempat himpun doa,
PadaMu, wahai Junjungan..
Selawat dan salam pohon syafa'at..

Ya Syafa'atullah...

Panggilan Haji telah tiba lagi,
Menunaikan ibadah panggilan Baitullah,
Tanah suci Makkah,
Ya Makkah Al-Mukarramah...

Wednesday, October 21, 2009

Sambutan Hari Raya ...


Hari tu, sekolah Mak Uda buat Sambutan Hari Kanak-kanak dan RIMUP..budak-budak pakai baju raya.. kontroversi jugaklah kisah ni..Tapi Mak Uda nak bagi pendapat, rasanya tak salahkan kalau kita mengajar anak-anak mengenal perayaan-perayaan di Malaysia ni kan? Kata nak menjayakan Misi '1 Malaysia' ni kan..

Penyanyi paling 'malu' dalam Malaysia..
Mak Uda selalu terkenang masa kecil dulu, ex-sekolah Mak Uda, SK Salak Nama, SK Bongek, SMK Undang Rembau, SMK Chembong sehinggalah ke Maktab Perguruan Teruntum..dan sekarang dah mengajar pulak, telah diajar.. selepas Hari Raya Aidilfitri selalunya pasti ada yang membuat sambutan Hari Raya peringkat sekolah atau sesuatu institusi tu, pastinya korang semua pun ada sambutan macam tu jugak kan?Sedih rasanya kalau tak sambut..

Budak tak cukup umur pun pegi sekolah... Yang sebelah tu pinjam songkok sapa pulak?

Tapi sekarang kita pulak macam nak menyekat pengetahuan anak-anak..Bukannya tak belajar, masa tu lah jugak kita mengajar... apa makanan yang dimakan pada hari itu, pakaian yang sesuai masa sambutan tu, murid-murid diajar cara memberi ucapan mengikut protokol, apa lagu yang sesuai (anak-anak murid Mak UDa tak pandai nyanyi lagu raya..kesian diorang) dan lagi pun sekolah Mak Uda ada beberapa orang pelajar India yang seronok nak join sama dan kami membuat Program RIMUP untuk mengeratkan silaturrahim tanpa mengira bangsa..

Meriah..bukan betul menyanyi lagu perpaduan tu..Yg 3 orang tu kumat-kamit aje.....janji join.
Kadang-kadangkan, kena fikir baliklah perkara-perkara yang kecil macam ni.. Nampak macam kecil, tapi besar maknanya..Yang terasa, maaflah ye..Mak Uda tetap menyokong mana yang baik..
Bawah ni Mak Uda nak pertontonkan betapa sukanya anak-anak sekecil ini, termasuk juga guru-gurunya melayan karenah mereka..rugi rasanya kalau mereka tak mendapat pengalaman sebegini..lagi-lagi zaman sekarang, semuanya boleh dirakam dan ditonton semula bila mereka dewasa nanti..Kalau di negara omputeh tu semuanya nak diberi pada anak-anak supaya merasa pengalaman sebenar, kita dah ajar mereka nama-nama perayaan di Malaysia ni, kita pulak yang menyekat situasi yang sebenarnyakan....ni tak adil namanya, kan?



tak boleh nak upload, pasal apa tak tau..line tak ok..

Keluarga di Chengkau Raya..


Sedih..sedih.. Mana Mak Uda dalam gambar ni..Tak adolah pulak.. Bukan apa sebab tak ada tu, MaK Uda membuta kat rumah mak Lubok ni sebab kepenatan malam raya tu lambat tido.. Hari ini, maka sempatlah Mak Uda meng'upload'kan gambar adik-beradik Mak Uda di Chengkau. Ingat ke diorang cepat sangat pegi kedai gambar dan dah terlepas, rupa-rupanya lambat..kena tinggallah Mak Uda sekeluarga..Lagipun, kitorang hijau, Angah Mak Uda pulak biru..diorang semua merah..tak kena langsung...so, kitorang disingkirkan sendiri..ha..ha..

Andak Fidah, anak-anak...Azraie, Kak Ira dengan Arman dan Kak Lang Radziah.


Acu Ajak, Hannan dan Anis Sofea.


Ateh Redza, Kak Tih Midah, Balkis and baby baru..Badrul.

Masukkan gambar sendiri jugaklah, hari raya tahun 2007 punya..sebab tak nak kecikkan hati sendiri..ha..ha..tapi bukan kat kedai, bawah pokok je lah..kik..kik..


Sunday, October 11, 2009

Kata orang-orang tua..

Mak Uda terbaca blog Ibu Ayu, kesian Faiz, budak comel tu...kes macam ni Mak Uda dengan Pak Uda dah pernah alami..memang sedih dan kesian bila tengok anak-anak kena cirit-birit terlampau dan muntah..

Anak Mak Uda ni masa kecik teruk dengan penyakit..demam(biasalah kan), bisul penuh kat kepala sampai ke leher(orang-orang tua kata penyakit kenan/sawan), sawan tangis dan macam-macam lagi.. Bab penyakit cirit-birit ni, Mak Uda dan Pak Uda hadap masa Amir, anak sulung kitorang masih kecil.. masa tu bulan puasa, Mak uda sibuk buat biskut raya..dahlah cirit-birit, dia muntah menyembur-nyembur sampai kena kat pintu rumah arwah mak kat Chengkau. Malam tu jugak arwah mak suruh bawak pegi klinik, tengok Amir ni dah lembik dan demam. Masa tu klinik bukan macam sekarang, semuanya buka sampai pagi...pegilah Tampin, Klinik Al-Azim tutup, klinik lain pun sama..apalagi..dah pukul 12 malam, kitorg nekad pegi ke Masjid Tanah..malam tu dapatlah jugak tengok2 pelita raya sebab nak pegi bukannya dekat..sampailah ke Klinik Asuza..kuranglah sikit demam dia.

Nak dijadikan cerita, esok tu demam dan muntah lagi, bawa sekali lagi ke Tampin, on the way balik dia muntah dalam kereta..kesian dah lembik..baliklah ke rumah.. Sampai ke rumah kita pun dah letih, dia asyik muntah je..Mama dia, Kak Lang Mak Uda kata cuba ambil Vitamin C, hancurkan campur air..bagi guna sudu.. Dia kata dia pernah baca kat majalah,Vitamin C boleh menghentikan cirit-birit dan muntah..apalagi, bingkaslah Mak Uda ni bangun mencari Vitamin C.. syukur, alhamdulillah, bukan nak cakap..memang lepas bagi tu Amir terus berhenti muntah dan tak cirit-birit lagi.. Cubalah petua ni, kalau anak-anak kita terkena penyakit ni..satu lagi Pil Chik Kit Tek On pun boleh, hancurkan..kalau budak kecil bagi 10 biji dan hancurkan terlebih dahulu dan campukan dengan air..insya allah, perlahan-lahan nanti dia ok..Ubat klinik ni kena jugak ambil..

Mak Uda jenis nekad je, kadang-kadang ngeri jugak berani sangat..Masa Amir kena bisul dulu, kitorang ni dah geram tengok tak pecah-pecah bisul tu, kitorang ambil duri limau, cucuk dan cuci dengan air panas, kemudian letak ubat dapat dari klinik.. Masa Haziq pulak, dia kena juandis/demam kuning..kitorg bantai jemur je kat bawah matahari dan cari ubat hemopati, sebab masa tu tak ada orang nak tengok anak-anak yang lain, mak ke Makkah masa tu..ada ubat untuk juandis rupanya..Berani-berani, dalam pada tu cemas jugak..

Bila difikir-fikirkan masa tulis blog ni, ngeri pulak rasanya..ha..ha..

Wednesday, October 7, 2009

Hai anak-anak ....

Mak Uda rasa terpanggil nak meng'upload'kan lagu ni bila tengok drama kat Astro Prima masa hari raya tu.. Bila difikir-fikirkan, memang anak-anak zaman sekarang tak seperti anak-anak zaman Mak Uda dengan Pak Uda dulu.. kami dulu tak dapat nak duduk bersembang-sembang dengan ayah, dengan mak tu bolehlah jugak..Rasa hormat tu amat tinggi kepada mereka..tapi anak-anak zaman sekarang ni, dia tu pulak yang merancang pulak apa yang mak ayah kena buat untuk dia.. Apatah lagi, nak melayan kehendak-kehendak mereka, mak ayah pulak yang jadi 'pak turut'. Yang kurang ajar, tak mendengar kata, melawan cakap..tak boleh nak cakap..nauzubillah..janganlah kita menderhaka..

Bersyukurlah anak-anak zaman kini,.... dengarkan lagu ni.. Mak Uda dah menyanyikan lagu ni masa kami ada kumpulan nasyid dulu di Rumah Rakyat Chengkau, Rembau...., arwah abahlah yang menubuhkan kumpulan tu.. sayu hati..

Ya Ilahi Rabbi,
Sempurnakanlah pekertiku,
Sebagaimana Engkau, menyempurnakan wajahku,
Kurniakanlah rahmat bahagia ibu bapaku,
Berikan hidayat pada hati yang tertutup..

Sebagai rimbunan daun-daun,
Seandainya bilangan dosaku..
Ya Allah, ampunilah daku..
Hamba bertaubat..

Hai anak yang soleh,
Beruntunglah ayah dan bonda,
Bagai mata air yang mengalir dalam syurga,
Hai anak durhaka,
Pintu taubat masih terbuka,
Jangan kau teruskan tingkah laku yang kecewa,

Sebagai rimbunan daun-daun,
Seandainya bilangan dosamu,
Ya Allah..ampunilah dia,
Yang telah bertaubat..

Wednesday, September 30, 2009

Rayalah Pulak...

Malam raya tu pukul 2 pagi lepas habis masak kuah Lontong, Mak Uda pun 'lolap'lah.. punyalah mengantuk tak boleh nak cakap.. Bangun pagi tu, siap2lah nak ke Masjid Kariah Lubok China untuk bersembahyang sunat Hari Raya. Setakat ni, Mak Uda tak pernah 'miss' sembahyang raya lagi.. Punyalah ramai tahun ni kat masjid tu..(tak bawa pulak kamera nak merakamkan suasana yang meriah hari tu)..

Anak-anak Mak Uda yang 3 orang ni dah besar, dah boleh bawak meneman Pak Uda..Seronok diorang.. Apa lagi balik sembahyang tu, kitorang bergambar dan bergaya sakan.. Sebelum tu, melayan Skype dengan Syafiq anak Bang Teh yang ada kat Tawau, Sabah.. Sodih jugaklah menengok dia kat sinun..



Kat bawah ni, diorang sibuk ber'posing' sakan.


Menantu-menantu ambil gambar dulu..
Anak-anaklah pulak..macam berjanji je nak pakai hijau tahun ni...


Keluarga Along Khaty & Keluarga Alang Hamdan

Keluarga Kak Chik Habsah & Keluarga Bang Teh Hazman..Syafiq je tak ada..

Keluarga Bang Dak Hazilan & Keluarga Mak 'blogger'..macam menang keretalah pulak...
Keluarga Induk Aspalela & Keluarga Ayu...

Cucu perempuan Wa... & Cucu Lelaki Wa....

Ada lagi... tak larat dah..Tunggu..

Pra Hari Raya..

Aduhai..sibuknya Mak Uda dan Pak Uda melengkapkan hari raya yang bakal tiba..tak sempat nak mengadap komputer. Bukan apa, asyik memikirkan juadah yang 17 menu nak disediakan, inilah bahananya, dari tahun lepas merancang tak dapat buat, tahun ni kenalah tunaikan hajat orang lain yang dah mendengar.. Ngeri jugak menu raya tahun ni.. Bayangkan macamana kitorang nak siapkan makanan ni, nasib baik ada 'pengarah' ni..
*Lemang, Ketupat, Nasi Impit memang biasalah..nak dimakan dengan Rendang Daging,Rendang Kerang dengan Lontong.
*Nasi Lemak dengan Sambal Telur Puyuh dan Sambal Sotong Kembang
*Nasi Beriyani berlaukkan Kari Kambing, Ayam masak merah, Dalca, Acar Jelantah, Papedom.
*Sup Tulang


*Tapai

Kat bawah ni gambar 'balachi-balachi' yang kena menyediakan bahan untuk memasak..
Gambar Mak 'blogger' tak termasuk dalam ni sebab sibuk ambil gambar..ha..ha..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails